Bahagian A
Jawab semua soalan
Lebai Malang langkahan malang
Ke hulu ke hilir penat berulang
Celaka sial bedebah jembalang
Pakaian dibuang bertelanjang pulang
(dipetik daripada puisi tradisional Hati terkenang mulut menyebut)
1. (a) Apakah jenis puisi di atas? (1markah)
(b) Nyatakan tiga tindakan lebai malang ( 3markah)
Jangan banyak fakir-memikir
Takdir tidak dapat dimungkir
Jangan banyak menaruh khuatir
Miskin itu tentulah fakir
Jangan banyak melata-lata
Takdir nan tidak dapat dipeta
(Dipetik daripada cerita Bunga Bakawali)
2. a) Apakah takdir yang dimaksudkan dalam puisi di atas?( 2 markah)
b)Nyatakan cara mengatasi takdir tersebut ( 2 markah)
3. Maka berkata pula Sultan Syam, “Ya tuan raja!Janganlah tuan hamba marah akan kanak-kanak itu kerana belum lagi mendengar perkataan yang tentu dan barang sesuatu pekerjaan sabar juga beroleh benarnya kerana pekerjaan ini hendak periksa pada kedua pihak.Jikalau benar kata kanak-kanak itu dapatlah ibunya kembali kepada kanak-kanak itu dan jikalau bersalahan kata kanak-kanak itu dapatlah isteri tuan hamba kembali dan kanak-kanak itu beroleh hukuman di atas batang lehernya.”
(Dipetik daripada cerita Hikayat Ali Bada Syah)
Berdasarkan petikan di atas:
a)Apakah hubungan Sultan Syam dengan kanak-kanak itu ( 1 markah)
b) Nyatakan tiga nilai murni ( 3 markah)
Langkah pendekar langkah berisi
Langkah pahlawan tak kenal gentar
Rawana Inggeris hendak dicari
Hendak dipenggal hendak dikelar
( Dipetik daripada sajak Pasir Salak oleh Firdaus Abdullah)
4. (a) Apakah maksud anafora ? ( 2 markah)
(b). Berikan satu contoh unsure anafora dalam petikan di atas ( 1 markah)
(c). Nyatakan nada yang terdapat dalam sajak diatas.( 1markah)
5. ADI:( Geram bercampur marah)Tempoh hari kau ludah aku di tengah khalayak
Ramai ,sekarang kau mahu halau aku Malisa.
(Dipetik daripada drama Memburu Bulan Sabit oleh Adly Azamin)
5 a).Nyatakan dua teknik drama yang terdapat dalam petikan drama di atas.( 2 markah)
b). Apakah jenis perwatakan bagi watak Adi dan Malisa dalam drama tersebut(2markah)
6.Berdasarkan dalam drama Waktu Sesudah Itu karya Othman Hj Zainuddin,Hindun ialah Watak utama.
Jelaskan dua peristiwa yang membuktikan Hindun seorang yang baik hati terhadap masyarakat.( 4 markah)
7.Berdasarkan cerpen Penantian diWalden Place,karya Abdullah Tahir,nyatakan teknik plot bagi setiap perstiwa berikut:
a) …lima tahun lalu dia telah menjalani pemeriksaan ECG.
b) Anak angkatnya,Suzie berketurunan etnik American Chinese.
c) “Oh,my god!”Baru Marlene teringat dan tersedar…
d) ..pada suatu malam…dia dapati Jan tidak menyahut panggilannya,dan pintu yang selalu tidak berkunci,didapati berkunci dari dalam ( 4markah)
8. Cerpen Chen Xiaoli,karya A. Rahmad memaparkan penderitaan hidup yang ditanggung oleh Chen Xiaoli.
Jelaskan dua penderitaan yang dihadapinya. (4 markah)
9. “Ikram ,doa emak dah makbul.Syukur kepada Allah.Seorang bidadari sudah dihantar Oleh Tuhan kepada emak.Bidadari inilah yang telah merawat dan menjaga emak selama terlantar sakit.Dia yang membelikan makan minum.Dia yang menyuap emak…”
( Dipetik daripada novel Restu oleh Ismail Kassan)
Nyatakan dua unsur gaya bahasa yang terdapat dalam petikan diatas beserta contoh yang sesuai ( 4 markah)
10.Berdasarkan novel Restu,karya Ismail Kassan,Yazid telah meninggalkan kampong Penarik menuju ke Merlimau.
Huraikan dua sebab Yazid bertindak demikian (4 markah)
Sunday, July 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


RSS Feed (xml)



0 ulasan:
Post a Comment