Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, March 3, 2010

ANAK GLOBAL -CERPEN MELAKAR IMPIAN

sinopsis
mengisahkan seorang anak muda bernama Rosli yang bercita-cita untuk mengusahakan projek membela burungruak-ruak .Pada mulanya Rosli diperkecilkan oleh rakan-rakannya tetapi dengan usaha gigih Rosli meneruskan rancangannya.projeknya mendapat bantuan daripada pelbagai pihak dan berjalan dengan lancar.Manakala rakannya yang dikenali sebagai kacang hantu terjebak dengan kejadian pecah rumah dan ditangkap oleh polis.rosli bersimpati dan mengikat jamin rakannya walaupun sebelum ini mereka memperkecilkan usahanya.

Tema
bertemakan tentang kegigihan seorang anak muda untuk menjadi usahawan yang berjaya.contohnya.Rosli merupakan seorang pemuda anak kampung yang berhasrat ingin membela burung ruak-ruak secara komersil malangnya hasratnya itu diperkecilkan oleh rakan-rakannya seperti Azwan,Lamin dan Fuad.tetapi dia tidak patah semangat den meneruskan juga hasratnya .Akhirnya berkat kesabarannya dan bantuan pelbagai pihak ,Rosli berjaya mencapai cita-citanya itu

Persoalan

1. sikap manusia yang memperkecilkan dan menyindir seseorang yang cuba mencapai impian
contoh: rakan-rakan Rosli seperti Azwan,Fuad dan Lamin telah memperli,memperkecilkan,dan menyindir hasrat murni Rosli untuk membela burung ruak-ruak

2. pengorbanan dan galakan ibubapa
contoh: ibubapa Rosli telah memberi galakan kepadanya untuk teruskan niatnya itu dan ibubapanya juga telah menolong Rosli dengan menyumbangkan wang sebanyak RM 2000 sebagi modal

3. Jenayah dalam kalangan mudamudi
contoh; Azwan,Fuad dan Lamin telah ditangkap polis kerana terlibat dalam kejadian pecah rumah dirumah Haji Sameon

nilai kemanusiaan

1.nilai kegigihan
contoh: Rosli berusaha gigih membela burung ruak-ruak .Daripada 20 ekor burung yang diternaknya akhirnya menjadi beribu-ribu ekor .

2. nilai keinsafan
contoh:selepas ditangkap polis dan diikat jamin oleh Rosli. Azwan,Fuad dan Lamin insaf daripada kesilapannya

3. nilai tolong menolong
contoh: ibubapa Rosli telah menolong Rosli mencapai impiannya menjadi pengusaha burung ruak-ruak dengan mendermakan sebanyak RM 2000 sebagai modal permulaan

4. nilai kesabaran
contoh: Rosli sabar walaupun disindir ,diperkecilkan kebolehannya oleh rakan-rakannya setelah dia menyatakan hasratnya untuk membela burung ruak-ruak

5. nilai baik hati
contoh: Rosli seorang yang baik hati kerana telah menjamin rakannya yang ditangkap polis kerana terlibat dalam kes pecah rumah di rumah Haji Sameon


pengajaran
1. kita mestilah gigih berusaha agar segala kerja yang dilakukan membuahkan hasil
contoh: Rosli gigih berusaha dalam memastikan hasratnya untuk menjadi pengusaha burung ruak-ruak yang berjaya berhasil walaupun diperkecilkan dan disindir oleh rakan-rakannya

2. kita janganlah suka menyindir dan memandang rendah akan kebolehan seseorang
contoh:rakan-rakan Rosli telah menyindirnya setelah mengetahui hasrat dan impian Rosli untuk mengusahakan ternakan burung ruak-ruak

3. sebagai ibubapa kita hendaklah menolong dan memberi galakan kepada anak kita dalam mencapai impiannya
contoh: ibubapa Rosli telah memberi galakan kepadanya dan turut menyumbang wang sebanyak RM2000 sebagai modal permulaan

4. kita janganlah terlibat dengan jenayah
contohnya: Azwan,Fuad dan Lamin telah ditangkap polis kerana terlibat dalam kes pecah rumah di rumah Haji Sameon

5. kita hendaklah insaf akan kesalahan yang kita lakukan
contoh: Azwan,Fuad dan Lamin telah insaf daripada kesilapannya setelah di jamin oleh Rosli dan mereka berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut

6. kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang berada dalam kesusahan
contoh: Rosli bersimpati dengan rakan-rakannya yang ditangkap polis dan dia telah mengikat jamin rakan-rakannya dengan menbayar ikat jamin sebanyak RM1000 seorang

7. kita janganlah berdendam sesama manusia
contoh: Rosli tidak mendendami rakan-rakannya yang pernah mengejek dan memperkecilkan ideanya ,buktinya dia menjamin rakannya yang ditangkap polis atas kesalahan jenayah

watak
-Rosli
-Azwan
-Fuad
-Lamin
-ibubapa Rosli

perwatakan
Rosli
-watak utama
-seorang pemuda bertubuh kurus tinggi
-seorang yang gigih dan tabah
-tidak berdendam
-mudah simpati
-suka menolong orang
-menjadi usahawan burung ruak-ruak

Azwan,Fuad dan Lamin
-kawan Rosli
-telah memperkecilkan,menghina,menyindir Rosli
-dianggap sebagai kacang hantu oleh penduduk kampung
-terlibat dalam kes mencuri
-ditangkap polis
-akhirnya insaf akan kesilapannya

ibubapa Rosli
-baik hati
-menyayangi anaknya
-menolong Rosli dengan menyumbang wang sebanyak RM2000 sebagai modal

No comments:

Post a Comment