Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, February 8, 2010

cerpen Bubu(BDB-B)

cerpen bubu

tema
-bertemakan tentang kepincangan dalam masyarakat yang dikaitkan dengan tuduh menuduh tanpa usul periksa.contoh;kehilangan ayam penduduk kampung mengemparkan seluruh kampung sehingga penduduk kampung menuduh mat londang mencuri ayam tersebut walaupun tiada bukti kukuh .keadaan ini menyebabkan penduduk kampung ingin mengusir mat londang sekeluarga keluar dari kampung tetapi mat londang tetap tidak mahu keluar kerana baginya dirinya tidak bersalah.akhirnya kebenaran terbukti apabila mat londang tidak bersalah kerana yang mencuri ayam penduduk selama ini adalah seekor ular sawa

persoalan
1. perasaan dendam penduduk.contoh; jonoh membuat tuduhan terhadap mat londang adalah kerana perasaan dendamnya kepada mat londang kerana ayah mat londang telah menetak tangan ayahnya
2. tanggungjawab seorang ketua.contoh;sidang sarip merupakan ketua kampung yang bertanggungjawab kerana mengambil tindakan daripada krisis yang melanda penduduk kampungnya dengan memanggil mat londang ke surau untuk menyelesaikan masalah tersebut
3. tuduhan tanpa bukti kukuh.contoh; tuduhan kadut terhadap mat londang tanpa sebarang bukti dan keputusan menghalau mat londang dari kampung itu dibuat secara terburu-buru

watak perwatakan

mat londang
-watak utama
-isteri bernama ibah dan mempunyai 2 orang anak
-anak bekas banduan kerana ayahnya dipenjarakan setelah menetak tangan ayah jonoh
-mempunyai jari yang kesat kasar
-berasal dari kampung hulu
-diusir oleh bapa mentua kerana dia anak banduan
-dituduh mencuri ayam
-berani membela nasib dirinya
-sangat menyayangi anak-anak
-akhirnya dirinya tidak bersalah

sidang sarip
-mempunyai isteri bernama lebar
-berusia separuh umur
-penghulu kampung
-bertanggungjawab
-berhemah tinggi

kadut
-menuduh mat londang mencuri ayam

nilai kemanusiaan
1. nilai berani.contoh; mat londang berani mempertahankan kampung halamannya dan anak isterinya daripada dimusnahkan atau diusir oleh penduduk kampung
2. nilai kasih sayang.contoh; mat londang sangat menyayangi anak dan isterinya dan dia akan menentang sesiapa sahaja yang berani mengheret anak isterinya keluar dari kampung
3. nilai ketabahan.contoh;mat lodang tetap tabah menjalani hidup baru dikampung hulu setelah diusir dari rumah mentuanya
4. nilai memohon maaf.contoh; setelah menyedari kesilapannya,sidang sarip memohon maaf kepada mat londang kerana turut terpengaruh oleh tuduhan orang ramai

mesej
1. kita hendaklah menyiasat terlebih dahulu sesuatu tuduhan.contoh; sidang sarip menjalankan siasatan mengenai pencuri ayam dikampungnya
2. kita hendaklah memohon maaf atas kesilapan.contoh; sidang sarip memohon maaf kepada mat londang setelah terbukti bahawa bukan mat londang yang melakukannya sebaliknya seekor ular sawa
3. kita janganlah membuat tuduhan tanpa bukti.contoh; kadut menuduh mat londang mencuri ayam dikampung hulu tanpa bukti
4. kita janganlah bertindak terburu-buru.contoh; ayah mat londang terburu-buru menyerbu dan menetak tangan ayah jonoh hingga putus setelah diberitahu sidang sarip bahawa ayah jonoh telah berjumpa dengan isterinya ditepi perigi

0 ulasan:

Post a Comment