Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, January 27, 2010

cerpen pesona BDB(B)

Cerpen pesona

Synopsis
Mengisahkan tentang aku iaitu isteri kepada arif berasa tidak pernah bahagia semenjak berkahwin kerana aku berasa dirinya terseksa dan menderita dengan layanan ibu mentuanya yang sering menyindir ,memarahi aku.lebih parah lagi suami aku tidak pernah membela aku dan menyebelahi aku jika dimarahi ibunya.aku juga berasa terseksa kerana pernah dianaktirikan oleh ibu kandungnya.suatu hari kakak iparku datang dan menasihatiku supaya aku menderhaka kepada suamiku membuatkan aku sering memikirkan kata-katanya.akhirnya,pada hari ulangtahun kelima perkahwinan,suami aku insaf dan menyesali kesilapannya yang lampau dan memuji aku sebagai isteri yang baik.arif juga menasihati aku agar jangan terpengaruh dengan kata-kata kakaknya itu.dengan perubahan sikap arif aku bertekad untuk menjadi isteri yang taat.

Tema
Bertemakan tentang rintihan perasaan dan pergolakan jiwa isteri yang berasa kecewa dalam kehidupan berumahtangga.contoh;setelah berkahwin aku berasa bahawa dirinya tidak dihargai suaminya yang sering memihak kepada ibunya.aku juga menghadapi konflik dengan ibu mentuanya yang sering memarahi,menyindirnya.

Persoalan
1. peranan isteri dalam alam berumahtangga.contoh; aku merupakan isteri yang malang kerana sering disisihkan suami dan menjadi tempat kutukan ibu mertua ,tetapi aku berjanji akan menjadi seorang isteri yang taat kepada suaminya buktinya aku telah melaksanakan tugas dengan baik seperti menjaga,membela dan membesarkan anak-anak
2. sikap ibu mentua yang membenci menantu.contoh; ibu mentua aku sering memarahi dan menyindir aku kerana aku adalah bukan keturunan orang berada sedangkan keturunannya orang berada
3. sikap ibu kandung yang sering berat sebelah mencurahkan kasih saying.contoh;ibu aku sering membezakan kasih sayangnya kepada aku dan adik-adik yang lain dan melebihkan siti dalam segala hal.

Watak perwatakan

Aku
-watak utama
-berkahwin dengan arif dan mempunyai anak
-ayah aku bekerja di kapal
-tidak menyenangi sikap ibu yang pilih kasih
-mempunyai 5 orang adik beradik iaitu siti,ita,nani,sani dan han
-menjadi menantu kepada ibu mentua yang kaya
-merendah diri dan menganggap dirinya hodoh dan serba kekurangan kerana tidak berpelajaran tinggi
-seorang isteri yang bersabar,taat kepada suami dan bertanggungjawab
-sering disindir ,dimarahi ibu mentua

Ibu mentua
-watak antagonis(jahat)
-kaya
-mempunyai 2 anak
-aktif berpersatuan
-suka menyindir dan memarahi aku

Arif
-suami aku
-berasal dari keluarga berada
-patuh kepada ibu
-menyayangi aku
-sering menyebelahi ibu
-menginsafi kesilapannya

Latar
Latar masa
-petang-mentua menyindir aku
-ulang tahun ke 5 perkahwinan

Latar tempat
-banglo besar,rumah ibubapa aku,rumah aku

Latar masyarakat
1. masyarakat yang hidup mewah.contoh;arif merupakan anak orang kaya yang dibesarkan dalam kemewahan disebuah banglo yang besar
2. masyarakat yang mentaati ibubapa.contoh; arif sangat patuh dan taat kepada ibunya sehingga apabila ibunya menyindir dan memarahi aku dia tidak pernah menyebelahi aku dan memihak kepada ibunya kerana dia tidak mahu menjadi akan derhaka
3. masyarakat kampong yang berkahwin dengan orang berada.contoh;aku berasal dari kampong dan sering disindir oleh mentua yang berasal dari golonganorang berada
4. masyarakat ibubapa yang bersikap pilih kasih dalam mendidik anak.contoh;ibu kandung aku bertindak berat sebelah dalam mendidik dan memberi kasih saying iaitu melebih-lebihkan siti daripada aku dan adik-adik yang lain
5. masyarakat yang insaf akan kesilapan.contoh;arif akhirnya insaf dengan perbuatannya selama ini yang sering mengabaikan aku.dan dia berjanji akan menjadi suami yang baik

nilai kemanusiaan
1. nilai insaf.contoh;arif insaf bahawa segala masalah rumahtangga adalah berpunca daripadanya yang sering mengikut telunjuk ibunya
2. nilai sabar.contoh;aku tetap bersabar menghadapi penghinaan ibu mentuanya .
3. nilai taat dan patuh .contoh;aku bertekad menjadi seorang isteri yang taat kepada suaminya
4. nilai mesra .contoh; kakak ipar aku begitu mesra melayan aku dan menerima kedatangan aku dalam hidup keluarganya
5. nilai kejujuran mengakui kesilapan.contoh;arif mengakui kesilapannya dan berdosa serta bodoh kerana dia selalu menyebelahi dan ikut telunjuk ibunya tanpa memikirkan perasaan isterinya

mesej /pengajaran
1. kita hendaklah menginsafi segala kesilapan.contoh;arif akhirnya insaf akan kesilapannya yang mengabaikan isterinya dengan asyik mengikut telunjuk ibunya
2. kita mestilah bersabar dalam menghadapi arus berumah tangga.contoh;aku seorang isteri yang begitu tabah dalam menghadapi karenah ibu mentua yang asyik menyindir aku dan juga karenah suaminya yang tidak pernah menyebelahi aku
3. kita hendaklah sentiasa berdoa jika menghadapi masalah.contoh;aku sering berdoa kepada Allah agar rumahtangganya bahagia
4. kita janganlah mengamalkan sikap berat sebelah dalam mendidik anak.contoh; ibu kandung aku bersikap berat sebelah dalam memberi kasih saying kepada anak-anak.dia hanya memberatkan kepada siti sedangkan aku dan adik-adik yang lain sering diabaikan.

Sudut pandangan
-pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama
-buktinya pengarang menggunakan kata ganti diri diri pertama iaitu aku

Citra masyarakat/gambaran masyarakat/imej masyarakat
1. masyarakat yang hidup mewah.contoh;arif merupakan anak orang kaya yang dibesarkan dalam kemewahan disebuah banglo yang besar
2. masyarakat yang mentaati ibubapa.contoh; arif sangat patuh dan taat kepada ibunya sehingga apabila ibunya menyindir dan memarahi aku dia tidak pernah menyebelahi aku dan memihak kepada ibunya kerana dia tidak mahu menjadi akan derhaka
3. masyarakat kampong yang berkahwin dengan orang berada.contoh;aku berasal dari kampong dan sering disindir oleh mentua yang berasal dari golonganorang berada
4. masyarakat ibubapa yang bersikap pilih kasih dalam mendidik anak.contoh;ibu kandung aku bertindak berat sebelah dalam mendidik dan memberi kasih saying iaitu melebih-lebihkan siti daripada aku dan adik-adik yang lain
5. masyarakat yang insaf akan kesilapan.contoh;arif akhirnya insaf dengan perbuatannya selama ini yang sering mengabaikan aku.dan dia berjanji akan menjadi suami yang baik

plot
-bersifat kronologi
Permulaan;-aku melahirkan rasa tidak puas hati kerana hidup tidak bebas sejak berkahwin
Perkembangan;-aku mengingati peristiwa dihina ibu mentua dan sikap suami yang menyebelahi ibunya serta nasihat kakak ipar agar mendapatkan hak dan kebebasan
Puncak;-arif mengakui kesilapannya selama ini dan memuji kesabaran serta ketabahan aku
Penurunan;-arif menasihati aku agar jangan terpengaruh oleh perjuangan kakaknya
Peleraian;-aku tidak akan memikirkan nasihat kakak iparnya lagi sebaliknya bertekad menjadi isteri yang taat

0 ulasan:

Post a Comment