Cerpen: Penantian Di Walden Place
Synopsis
Jan white tinggal dirumah orang-orang tua Walden Place.Dia nyanyuk hingga terlupa tarikh kematian suami,nombor biliknya dan kadang-kadang namanya sendiri.Pada pagi itu,Jan terasa bosan dan sunyi kerana rakan-rakan yang lain keluar mengikuti acara berjalan-jalan di sekitar Walden place.Tambahan pula rancangan tv pada pagi itu tidak menarik minatnya.Acara ceramah agama pada pukul 10 am itu tidak menarik Jan.Dia tidak pernah menghadiri acara itu kerana menganggap dirinya lebih arif.
Jan sering dikunjungi Suzie anak angkatnya .Jan mengambil pelbagai jenis ubat kerana menghidap pelbagai jenis penyakit.Akibatnya timbul kesan sampingan seperti matanya mulai kabur dan cirit birit.Oleh sebab Jan nyanyuk ,Suzie mengupah Valerie Llosa untuk mengurus pengambilan pilnya.Keadaan Jan semakin lemah dan tidak lagi aktif sejak dia ditemui pengsan
Apabila Valerie meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya,Jan berasa amat sedih.Kemudian Marlene menggantikan Valerie.Pada suatu malam,Jan meninggal dunia setelah Marlene terlupa memberikan suntikan kepada Jan.
Tema
-kehidupan dan perasaan seorang perempuan tua yang menghidap pelbagai jenis penyakit. Contoh;Jan white tinggal di rumah orang tua Walden Place terpaksa mengharungi kehidupan bersendirian sejak kematian suaminya dan dia bergelut dengan pelbagai jenis penyakit,akhirnya meninggal dunia.
Persoalan
1. kehidupan pada usia tua.contoh;Jan telah tua dan tidak mempunyai saudara mara serta kematian suami terpaksa tinggal dirumah orang tua
2. simpati masyarakat.contoh;walaupun anak angkat suzie tetap menganggap Jan sebagai ibu kandungnya sendiri,dan dia sentiasa melawat Jan walaupun sibuk
3. ketuhanan dan keagamaan.contoh;Jan banyak mengetahui perkara yang berkaitan ajaran Kristian,tetapi kurang melakukan ibadat
watak dan perwatakan
Jan White
-watak utama
-nama penuh Janette Berger
-berkahwin dengan White pada usia 23 tahun dan kini berusia 78 tahun
-tinggal dirumah orang tua Walden place
-kematian suaminya 12 tahun lalu dan tidak mempunyai anak
-memiliki suara lunak,merdu dan agak tinggi
-menghidap pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan nyanyuk
-bergantung kepada ubat untuk terus hidup
-sangat menyayangi suaminya
-bosan dan sunyi sejak suami tiada
-arif tentang agama kristian
-meminati muzik
Marlene
-berusia 39 th dan belum berkahwin
-lulusan Universiti Minnesota dlm bidang Psikologi
-Pengurus apartment Walden place
-banyak membantu Jan dan pandai mengambil hati
-mempunyai teman lelaki bernama Jeffrey
-lalai menjalankan tugas iaitu terlupa memberi suntikan kepada Jan sehingga menyebabkan Jan meninggal dunia
Suzie
-anak angkat Jan
-keturunan American Chinese
-berkahwin dan tinggal di Cedar Rapids
-sangat menyayangi ibu angkatnya dan menganggap Jan ibu kandungnya
-bertanggungjawab iaitu sering menziarahi Jan
-membeli ubat-ubat dan menjaga kebajikan Jan dengan mengupah orang untuk mengatur pengambilan ubatan
Valerie Llosa
-berketurunan Hispanic di gaji oleh suzie untuk menjaga Jan
-tekun dan sabar menjalankan tugas
-sangat rapat dengan Jan
-mempunyai teman lelaki bernama Paul
-terbunuh dalam kemalangan jalan raya
Latar
Latar masa
-pagi,suatu petang dan malam
Latar tempat
-walden place,hospital Mercy Amerika syarikat
Latar masyarakat/citra masyarakat/gambaran masyarakat
1. masyarakat warga tua dirumah kebajikan.contoh;Jan white mewakili warga tua yang tinggal dirumah kebajikan orang-orang tua
2. masyarakat yang bersimpati akan nasib seseorang.contoh;Marlene mengambil berat tentang kebajikan Jan dan orang-orang tua yang lain
3. masyarakat yang cepat memohon maaf.contoh;Jan memohon maaf kepada Mary Nazareth kerana tersilap memperkenalkan nama Janette Berger dan bukan Jan white
4. masyarakat yang hidup sebatang kara.contoh;Jan menjalani kehidupan dengan rasa bosan kerana kematian suaminaya.
Nilai kemanusiaan
1. nilai simpati.contoh;Mary Nazareth bersimpati akan kesedihan Jan white yang kematian suaminya
2. nilai tolong menolong.contoh;Marlene menghantar Jan ke hospital mercy apabila Jan tidak dapat bangun untuk mendapatkan rawatan
3. nilai kasih sayang.contoh;suzie menganggap Jan macam ibu kandungnya sendiri.Dia dan suaminya sering menziarahi Jan walaupun sibuk
4. nilai memohon maaf.contoh;Mary Nazareth memohon maaf kepada Jan kerana pertanyaannya telah mengingatkan Jan kepada suaminya yang telah meninggal dunia
5. nilai tabah.contoh ;Jan tabah menghadapi pelbagai jenis penyakit
pengajaran/mesej/amanat
1. kita hendaklah bersimpati akan nasib seseorang.contoh; Mary Nazareth bersimpati akan kesedihan Jan white yang kematian suaminya
2. kita hendaklah tolong menolong sesame manusia.contoh: Marlene menghantar Jan ke hospital mercy apabila Jan tidak dapat bangun untuk mendapatkan rawatan
3. kita hendaklah saying menyayangi sesama manusia.contoh; suzie menganggap Jan macam ibu kandungnya sendiri.Dia dan suaminya sering menziarahi Jan walaupun sibuk
4. kita hendaklah tabah menghadapi penyakit.contoh: Jan tabah menghadapi pelbagai jenis penyakit
5. kita janganlah mengabaikan tugas yang diamanahkan.contoh;Marlene sering keluar bersama-sama dengan teman lelakinya sehingga terlupa memberi suntikan kepada Jan mengakibatkan Jan meninggal dunia
sudut pandangan
-orang ketiga serba tahu
-cerpenis menggunakan ganti nama orang ketiga iaitu dia dan nya
Teknik plot
1. deskriptif(pemerian).contoh; …Jan kena telan mevacor sebiji sehari pada waktu malam…(halaman 45)
2. Dialog contoh; “so what?”sanggah Jan(halaman 42)
3. imbas kembali.contoh: marlene pernah memberitahu Jan bahawa suaminya White meninggal dunia hamper 12 tahun yang lalu
4. monolog.contoh; “patutnya aku yang pergi dulu!”cetus Jan dalam sedu yang pekat (halaman 48)
jenis plot
-bersifat kronologi
Permulaam-Jan white kesunyian dan bosan tinggal di rumah orang-orang tua selepas kematian suaminya
Perkembangan-Jan bergelut dengan maut kerana menghidapi pelbagai penyakit sehingga anak angkatnya,suzie mengupah Valerie Llosa untuk mengurus pengambilan pilnya
Puncak-Jan mengetahui kematian Valerie dan dia amat terasa kehilangan Valerie
-penurunan-Jan tidak menyahut panggilan Marlene ketika hendak memberikan pil kepadanya
-peleraian-Jan meninggal dunia kerana tidak mendapat suntikan insulin kerana marlene terlupa untuk memberikannya.
Warga emas dikecualikan caj pendaftaran
1 month ago


RSS Feed (xml)



0 ulasan:
Post a Comment