Bahagian 1
Balasan meninggalkan solat
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.
Bahagian 2
Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan…
Tahukah anda solat lima waktu sehari semalam merupakan tiang agama. Jika anda meninggalkan walau satu pun solat tersebut maka runtuh lah tiang agama kita. Bila runtuh tiang agama maka hidup kita akan menjadi terumbang-ambing dan sia-sia sahaja. Jadi kita sebagai seorang muslim sejati hendaklah memelihara solat lima waktu kerana solat inilah yang memelihara kita dari melakukan perkara-perkara lain yang boleh merosakkan akidah seseorang. Tahukan anda bahawa jika kita meninggalkan solat lima waktu ini, Allah akan memberi 6 balasan/siksaan semasa kita masih hidup di dunia, 3 siksaan semasa sedang nazak dan 3 lagi seksaan semasa di dalam kubur.
6 balasan semasa hayat di dunia :-
• Hilang berkat umur seseorang.
• Tiada tanda umat yang soleh pada air muka seseorang. Muka nampak hitam dan tidak berseri
• Tiada mendapat pahala atas amalan lain yang dibuat.
• Doa tidak diangkat/ dikabulkan oleh Allah.
• Tiada termasuk dalam bahagian doa orang-orang yang soleh.
• Keluar roh tanpa Islam.
3 siksaan semasa sedang nazak :-
• mati dalam keadaan yang hina dan aib.
• mati dalam keadaan teramat lapar.
• Mati dalam keadaan yang teramat dahaga
3 siksaan semasa dalam kubur :-
• disempitkan kuburnya
• dinyalakan api didalam kuburnya
• dihantar sejenis ular yang akan mematuk, menggigit dan membelitnya sehinggalah hari kiamat.
Amat menakutkan sekali jika kita tahu betapa dahsyatnya balasan dan siksaan terhadap orang yang tidak menunaikan solat lima waktu. Jadi sama-samalah kita mulai dari ini dan saat ini agar sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain agar sama-sama menjaga ibadah ini semoga hidup kita akan diberkati oleh Allah dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Bahagian 3
Sekadar renungan bersama..kekadang dalam menongkah arus kehidupan yang serba mencabar dan pantas ini membuat kita sering terleka & terlena tanpa kita sedari
sebenarnya masih ada lagi perkara yang lebih penting dari segala-galanya yang mesti
kita tunaikan dan kita utamakan..kesibukan bekerja dan aktiviti seharian bukan
alasan untuk kita tidak menunaikannya..mengerjakannya..iaitu solat 5
waktu...renung2 kan lah dan sama-sama lah kita muhasabah diri..ingatan buat
semua teman firdausi dan juga sy sendiri...
Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie
adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana
firman Allah s.w.t . yang bermaksud :
"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami
tidak menunaikan sembahyang".
Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis
orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan
dosa seperti berikut:
Solat Subuh
Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya
ke dalam neraka selama 60 tahun.
Solat Zohor
Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan
membunuh 1000 orang Islam
Solat Asar
Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan
seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
Solat Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina
dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina
dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
Solat Isya'
Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia
tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan
Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah
s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan Solat ialah
:
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan
agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa
dengan 15 perkara ..
Kes kematian akibat denggi catat peningkatan membimbangkan
55 minutes ago


RSS Feed (xml)



yang akhir sekali tu apa?yang 15 perkara....boleh terangkan sedikit...
ReplyDelete