Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 29, 2009

ayat al Quran pada kulit bayi


Baru-baru ini gempar mengenai penemuan ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi di Moscow, Russia. Benar atau tidak, terserah kepada anda untuk menilainya.


Khabarnya, pada mulanya ibu bapa bayi ini merahsiakan penemuan ini, tetapi apabila tulisan di kaki bayi tersebut tertera "Tunjukkan aku", maka mereka terus menunjukkannya kepada orang ramai.

Dari akhbar KOSMO:
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Sunday, December 27, 2009

drama waktu sesudah itu

Drama waktu sesudah itu

Tema
-kemanusiaan sejagat iaitu manusia yang miskin akan dihina oleh segolongan masyarakat.namun demikian masih ada yang berhati mulia menolong insane yang tak terdaya.contoh:hindun dihina sebagai anjing ketika hidup miskin .dia pernah diusir oleh bidin dari kedai kopinya.hindun diakui sebagai saudara dan ibu ketika dia berada.bidin menganggap hindun sebagai ibunya setelah hindun mendapat hadiah lumayan.karim sebagai manusia berhati mulia tetap menghormati hindun tanpa mengira keadaan serta perubahan nasib hindun

Persoalan
1. kemiskinan hidup-hindun hidup miskin dengan mengutip puntung rokok dan surat khabar lama untuk dijual
2. 2. ketidakikhlasan dalam hidup-bidin tidak pernah berlaku baik terhadap hindun,tiba-tiba menghantar barang keperluan dan membaiki bumbung rumah hindun apabila hindun akan menerima hadiah serikandi Negara
3. 3.berbakti dan berjasa dalam hidup-semasa mudanya,hindun seorang pejuang,pemidato dan pendidik yang berkaliber
4. 4.rasa kemanusiaan mengatasi rasa persaudaraan-karim telah membina rumah untuk hindun dan menghantar makanan untuknya

Pengajaran
1.jangan bersikap zalim terhadap seama manusia conto: bidin telah mengheret hindun keluar dari kedainya dan menghumban semua barang keperluan hindun ke luar kedai
2. kita hendaklah bersimpati akan nasib orang yang lemah contoh; karim mempertahankan kedudukan hindun dikampung setinggan itu walaupun dia terpaksa berdepan dengan bidin
3.kita hendaklah mentaati ibubapa.contoh;mansor mentaati ibubapanya yang menyuruhnya menghantar makanan kepada hindun
4.jangan biarkan ibubapa hidup melarat.contoh;hasan tidak berusaha mencari ibunya hindun.dia hanya menemui ibunya setelah ibunya dikatakan akan menerima hadiah yang lumayan
5.kita hendaklah berusaha menyelesaikan sesuatu pertelingkahan.contoh;ustaz lotfi telah menjemput karim dan bidin kerumahnya untuk menyelesaikan pergaduhan mereka dan dia berjaya
6.kita hendaklah menolong orang miskin.contoh; karim dan anaknya mansor sering menghantar makanan kepada hindun yang miskin dan hidup melarat
7.kita hendaklah menjaga kebersihan sesuatu tempat.contoh;penjual-penjual ikan membuang sisa kotoran ditepi jalan dank e dalam longkang sebagai kesannya kawasan tersebut menjadi kotor dan banyak lalat
8. kita janganlah menghina sesame manusia.contoh; bidin menghina hindun sebagai orang gila dan membenci hindun lebih dari anjing ditepi jalan
9.kita hendaklah menghormati orang tua.contoh;karim sekeluarga menghormati hindun


Nilai kemanusiaan
1.nilai beriman contoh;karim dan anaknya mansur mengerjakan solat maghrib dimasjid
2. nilai menghormati orang tua.contoh;karim sekeluarga menghormati hindun sebagai orang tua yang dipanggilnya nek indun
3. nilai berjasa.contoh;semasa mudanya,hindun berjasa sebagai seorang pendidik dan pejuang kemerdekaan
4. nilai ikhlas,contoh;karim sekeluarga menolong hindun dengan menghantar makanan tanpa mengharapkan balasan
5. nilai mentaati ibubapa.contoh; mansur menghantar makanan untuk hindun dengan basikal kerana disuruh oleh ibubapanya
6.nilai tolong menolong,contoh hindun menolong hayati ketika mengalami tumpah darah akibat keguguran
7.nilai simpati,contoh suratman bersimpati kepada hindun apabila dia membayar harga minuman hindundikedai kopi bidin

Thursday, December 24, 2009

sajak duhai muzik

maksud
r1; suasana kedamaian wujud seketika hingga sukar disedari
r2;semoga keindahan suasana yang diimpikan akan membawa kebahagiaan dan ketenangan sambil mengenang kisah gembira dan sedih yang silih berganti
r3; suasana yang serba tenang diharap mendamaikan perasaan sepi
r4;suasana kedamaian yang wujud seketika antara kesusahan hidup hanya menjadikan kita menyumpahi keadaan itu

tema
-kedamaian hidup iaitu ketenangan hanya wujud seketika

persoalan
-kehidupan yang sengsara dan bahagia akan datang silih berganti
-sikap manusia yang suka mencemuh kesusahan dan menyanjung ketenangan

mesej
-hendaklah sedar kebanagiaan dan kesusahan hidup silih berganti
-mestilah bersyukur jika kehidupan bahagia
-janganlah menyumpahi nasib malang

nilai kemanusiaan
-bersyukur
-bersabar

gaya bahasa
-simile contoh;BAGAi kelawar melincan diruang terang
-pengulangan baris contoh: bagai kelawar melincan diruang terang r1b1&r4b2
-anafora contoh;duhai muzik nan.....r2b1 &r4b2
-sinkof contoh;kau
-personifikasi contoh; menemani khayalku meneroka angin malam
-metafora contoh; gunung bahagia
-hybrid contoh;kausentuh

unsur bunyi
-asonansi perulangan vokal a/e
conntoh; sesaat sejenak
-aliterasi perulangan konsonan m
contoh; menemani khayalku meneroka angin malam

sajak kebanjiran

maksud
r1; banjir sering berlaku dikawasan yang penduduknya sangat miskin
r2;kedengaran tangisan anak kecil dan keluhan orang dewasa apabila rumah mereka yang uzur itu rosak akibat banjir
r3;penduduk tidak berharta ddan harta mereka dihanyutkan banjir.mereka mengharap simpati orang ramai
r4;orang kaya tidak pernah merasa bencana.mereka perlu fikirkan andaian sekiranya bencana itu menimpa mereka

tema
-bencana alam iaitu banjir yang kerap menimpa orang miskin

persoalan
-penderitaan hidup orang miskin-hilang tempat tinggal akibat banjir
-menagih simpati daripadaorang kaya

mesej
-mestilah simpati terhadap mangsa banjir
-mestilah bersyukur jika tidak menimpa musibah
-hendaklah menolong mangsa banjir

nilai kemanusiaan
-simpati
-tolong menolong

gaya bahasa
-personifikasi contoh datang air mengamuk liar
-sinkof contoh; tak
-pengulangan kata contoh; harta kita tak seberapa
yang hanyut tak terkira

unsur bunyi
-asonansi-perulangan vokal a contoh: kAlAu tuAn kenA ApA rAsA
-aliterasi-perulangan konsonan n contoh; deNgaN taNgisaN aNak-aNak daN keluhaN NeNek

bentuk
-mempunyai 4 rangkap
-setiap rangkap punyai bilangan baris yang sama iaitu 4 baris
-jumlah baris keseluruhan 16 baris
-bilangan patah kata antara 3-6
-bilangan suku kata antara 5-13
-rima akhir r1; aaba r2;aaaa r3; aaaa r4;abbb
-keseluruhannya berbentuk bebas

Wednesday, December 23, 2009

sajak kesempatan

maksud
r1: setiap perjuangan meninggalkan pelbagai kesan.pihak yang berjaya dalam perjuangan akan melaksanakan sesuatu perubahan yang dirancang
r2; perubahan yang dilaksanakan terburu-buru menimbulkan suasana mengejut .demi perpaduan.Demi perpaduan kita harus meninggalkan nilai-nilai yang lapuk
r3;kita perlu bersama-sama menyumbang bakti dalam apa jua keadaan

tema
-perjuangan untuk pembangunan negara

persoalan
1. perpaduan kaum demi kemajuan negara
2. masyarakat sukar menerima perubahan yang diperkenalkan secara mengejut

mesej
1. janganlah terburu-buru memperkenalkan pembaharuan
2. janganlah menentang pembaharuan yang diperkenalkan sebelum memahami maksudnya
3.hendaklah bersatupadu memajukan negara

nilai kemanusiaan
-nilai bersatupadu
-niLai berbakti

gaya bahasa
1. diksi bahasa asing( inggeris) contoh: march
2. diksi kata ganda -contoh:sendiri-sendiri
3. repitasi /pengulangan kata-contoh: pergi pergi meninggalkan kesan

unsur bunyi
1.asonansi perulangan vokal 'e' contoh: pErgi pErgi mEninggalkan kEsan
2.aliterasi perulangan konsonan 'b' contoh: terBuru Buru menyusun Barisan dan terus Bertindak

bentuk
-mempunyai 3 rangkap
-setiap rangkap punyai baris berbeza r1 4 baris,r2 7 baris,r3 6 baris
-jumlah patah kata antara 1 hingga 9
-suku kata antara 3 hingga 20
-rima akhir r1 abab,r2 abbcdef
,r3 aaabaa
-keseluruhan berbentuk bebas