Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 27, 2009

drama waktu sesudah itu

Drama waktu sesudah itu

Tema
-kemanusiaan sejagat iaitu manusia yang miskin akan dihina oleh segolongan masyarakat.namun demikian masih ada yang berhati mulia menolong insane yang tak terdaya.contoh:hindun dihina sebagai anjing ketika hidup miskin .dia pernah diusir oleh bidin dari kedai kopinya.hindun diakui sebagai saudara dan ibu ketika dia berada.bidin menganggap hindun sebagai ibunya setelah hindun mendapat hadiah lumayan.karim sebagai manusia berhati mulia tetap menghormati hindun tanpa mengira keadaan serta perubahan nasib hindun

Persoalan
1. kemiskinan hidup-hindun hidup miskin dengan mengutip puntung rokok dan surat khabar lama untuk dijual
2. 2. ketidakikhlasan dalam hidup-bidin tidak pernah berlaku baik terhadap hindun,tiba-tiba menghantar barang keperluan dan membaiki bumbung rumah hindun apabila hindun akan menerima hadiah serikandi Negara
3. 3.berbakti dan berjasa dalam hidup-semasa mudanya,hindun seorang pejuang,pemidato dan pendidik yang berkaliber
4. 4.rasa kemanusiaan mengatasi rasa persaudaraan-karim telah membina rumah untuk hindun dan menghantar makanan untuknya

Pengajaran
1.jangan bersikap zalim terhadap seama manusia conto: bidin telah mengheret hindun keluar dari kedainya dan menghumban semua barang keperluan hindun ke luar kedai
2. kita hendaklah bersimpati akan nasib orang yang lemah contoh; karim mempertahankan kedudukan hindun dikampung setinggan itu walaupun dia terpaksa berdepan dengan bidin
3.kita hendaklah mentaati ibubapa.contoh;mansor mentaati ibubapanya yang menyuruhnya menghantar makanan kepada hindun
4.jangan biarkan ibubapa hidup melarat.contoh;hasan tidak berusaha mencari ibunya hindun.dia hanya menemui ibunya setelah ibunya dikatakan akan menerima hadiah yang lumayan
5.kita hendaklah berusaha menyelesaikan sesuatu pertelingkahan.contoh;ustaz lotfi telah menjemput karim dan bidin kerumahnya untuk menyelesaikan pergaduhan mereka dan dia berjaya
6.kita hendaklah menolong orang miskin.contoh; karim dan anaknya mansor sering menghantar makanan kepada hindun yang miskin dan hidup melarat
7.kita hendaklah menjaga kebersihan sesuatu tempat.contoh;penjual-penjual ikan membuang sisa kotoran ditepi jalan dank e dalam longkang sebagai kesannya kawasan tersebut menjadi kotor dan banyak lalat
8. kita janganlah menghina sesame manusia.contoh; bidin menghina hindun sebagai orang gila dan membenci hindun lebih dari anjing ditepi jalan
9.kita hendaklah menghormati orang tua.contoh;karim sekeluarga menghormati hindun


Nilai kemanusiaan
1.nilai beriman contoh;karim dan anaknya mansur mengerjakan solat maghrib dimasjid
2. nilai menghormati orang tua.contoh;karim sekeluarga menghormati hindun sebagai orang tua yang dipanggilnya nek indun
3. nilai berjasa.contoh;semasa mudanya,hindun berjasa sebagai seorang pendidik dan pejuang kemerdekaan
4. nilai ikhlas,contoh;karim sekeluarga menolong hindun dengan menghantar makanan tanpa mengharapkan balasan
5. nilai mentaati ibubapa.contoh; mansur menghantar makanan untuk hindun dengan basikal kerana disuruh oleh ibubapanya
6.nilai tolong menolong,contoh hindun menolong hayati ketika mengalami tumpah darah akibat keguguran
7.nilai simpati,contoh suratman bersimpati kepada hindun apabila dia membayar harga minuman hindundikedai kopi bidin

0 ulasan:

Post a Comment