Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, September 28, 2009

soalan latih tubi menjelang spm 4

Bahagian Satu
( 40 markah)

Jawab semua soalan.

Jawapan hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan.

1. Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa

Jika hendak mengenal orang yang berilmu
Bertanya dan belajar tidaklah jemu
( Dipetik daripada Hati Terkenang Mulut Menyebut)

a) puisi di atas ialah sejenis
………………………………………………………………………………………………
( 2 markah)
b) Nyatakan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam puisi diatas ?
i)……………………………………………………………………………………………................................................................................................................................................. ii)............................................................................................................................................................................................................................................................................................
( 2 markah )
2. Lengkapkan jadual yang berikut dengan genre sastera atau tajuk cerita pada ruang yang disediakan
Genre sastera Tajuk cerita
i) Sastera hikayat
ii) Sastera penglipurlara
iii) Adat istiadat melayu perak
iv) Pahlawan terbilang kerajaan gemilang
( 4 markah)
3. Dalam cerita Tiga Negeri Semawar,Bongsu Pinang Peribut digambarkan seorang yang luar biasa.
(a) Gambarkan tiga keganjilan sewaktu Bongsu Pinang Peribut dilahirkan.
(i)……………………………………………………………………………………………
(ii)………………………………………………………………………………………......
(iii)………………………………………………………………………………………….
( 3 markah )
(b) Perihal pula keadaan setelah Bongsu Pinang Peribut dilahirkan ibunya.
……………………………………………………………………………………………..
( 1 markah )

4. Tuan pertahani darah dan jiwa
untuk membenteng ibu pertiwi
untuk mempertahankan kemerdekaannya.


( Dipetik daripada sajak Persembahan Kepada Dol Said Pahlawan naning, karya Asmara Jaya)


(a) Apakah maksud anafora ?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
(b)Berikan satu contoh anafora dalam petikan sajak di atas.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
( 2 markah )

5. KARIM: Saya kebetulan berjiran rapat dengan Nek Indun.Nek Indun pun selalu juga tolong kami.Masa Yati tumpah Darah keguguran adik si mansur dulu, Nek Indunlah yang bersusah payah.Apa salahnya kita tolong-menolong.

( Dipetik daripada drama Waktu Sesudah Itu,karya Othman Hj.Zainuddin)

(a) Siapakah “Yati” dalam petikan di atas?
………………………………………………………………………………………………
( 2markah)
(b) Nyatakan citra masyarakat berdasarkan petikan tersebut.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
( 2 markah)

6. Drama Bujur Lalu Melintang Patah kerya Kala Dewata menonjolkan isu yang berkaitan dengan adapt perpatih .Adat tersebut diamalkan beberapa suku masyarakat.
Nyatakan empat suku masyarakat yang mengamalkan adapt perpatih dalam drama ini. (a)…………………………………………………………………………………………...
(b)…………………………………………………………………………………………..
(c)…………………………………………………………………………………………..
(d)…………………………………………………………………………………………..
( 4 markah )

7. Malam itu suasana alam cukup damai.Bulan dilangit kelihatan menumpahkan cahayanya ke daun-daun dan pancaran sinarnya menyuluhi kami. Angin berhembus perlahan sekali dan daun-daun seperti dengan lenggoknya yang sangat lembut.

( Dipetik daripada cerpen Rimbaku, Air mataku,karya Usman Awang)
(a) Apakah maksud personifikasi dan berikan contoh dalam petikan di atas?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
( 2 markah)

(b) Apakah maksud simile dan berikan contoh dalam petikan di atas?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
( 2 markah)
8.Cerpen Seorang Gadis Semangkuk Sayur Manis, karya Bahamin Ramly memaparkan Sumirah sebagai watak utamanya.
Nyatakan dua nilai murni pada sumirah berdasarkan peristiwa yang dialaminya
i)……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
ii)……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
( 4 markah)

9. Berdasarkan novel Restu, karya Ismail Kassan lengkap senarai nama adik beradik Ikhram di bawah
i)…………………………………………………………………………………………
ii)…………………………………………………………………………………………
iii)ikram
iv)………………………………………………………………………………………..
v) Husin
vi)………………………………………………………………………………………..
( 4 markah)

10. “ Kau mesti keluar dari kampong malam ini juga”
( Dipetik dalam novel Restu , karya Ismail Kassan)

a) Dalam petikan diatas , “Kau ialah Yazid”.Siapakah yang memberikan nasihat dalam petikan tersebut
………………………………………………………………………………………………
( 2 markah)
b)Berikan dua alasan Yazid perlu meninggalkan kampungnya
i)………………………………………………………………………………………….……………………………………………………………………………………………...
ii)………………………………………………………………………………………….………………………………………………………………………………………..
( 2 markah)

Bahagia Dua
( 60 markah)
Jawab tiga soalan saja,iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A,Bahagian B dan Bahagian C.

Bahagian A
( Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab samada soalan 1 atau soalan 2
1. Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya:
GURINDAM DUA BELAS
ini gurindam fasal yang kelima:

Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa.

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
sangat memeliharakan yang sia-sia.

Jika hendak mengenal orang yang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia.

Jika hendak mengenal orang yang berilmu
bertanya dan belajar tiadalah jemu.

Jika hendak mengenal orang yang berakal
di dalam dunia mengambil bekal.

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

RAJA ALI HAJI


(a) Jelaskan maksud gurindam ini. (10 markah)
(b) Nyatakan bentuk binaan gurindam ini. ( 6 markah)
( c) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam ini. ( 4 markah)


2. Berdasarkan cerita Usul Menunjukkan Asal daripada teks Hati terkenang Mulut Menyebut:
(a) Huraikan citra masyarakat cerita ini. ( 6 markah)
(b) Bandingkan perwatakan permaisuri dengan Paduka liku. ( 6 markah)
(c) Bincangkan unsur pengajaran yang terkandung dalam cerita ini. ( 8 markah)

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab samada soalan 3 atau soalan 4

3.Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
DI PANTAI INI
(buat jojo)

Segalanya begitu tenang
di pantai ini
tidak ada ribut
tidak ada kabut
hari tidak hujan
juga tidak begitu panas
lautan biru
persis seperti diinginkan
tidak ada kerikil
atau serpihan kaca
segalanya cukup terjaga
beberapa orang kanak-kanak
berkejaran bermain seenaknya
sementara ibu dan ayah mereka
berbaringan atau bergurauan
di atas pasir putih bersih
segalanya begitu tenang
di pantai ini

Hanya kau
Tiba-tiba berdiri
Dan memekik sekuat hati

LATIF MOHIDIN

(a) Huraikan bentuk binaan sajak ini ( 8 markah)
(b) Nyatakan unsur-unsur pengulangan bunyi dalam sajak ini berserta contoh-contohnya
( 6 markah)
(c) Huraikan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat di dalamnya. ( 6 markah)

4. Berdasarkan drama Waktu Sesudah Itu
(a) Huraikan nilai kemanusiaan drama ini ( 8 markah)
(b) Jelaskan Tiga pengajaran dalam cerita tersebut (6 markah)
(c ) Huraikan perwatakan Hindun ( 6 markah)


Bahagian C
( Cerpen dan Novel)
Jawab samada soalan 5 atau soalan 6

5. Berdasarkan Cerpen Seorang Gadis Semangkuk Sayur Manis.
(a) Nyatakan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerpen ini ( 6 markah)
(b) Huraikan pengajaran cerpen ini ( 8 markah)
( c ) Nyatakan latar masyarakat cerpen ini ( 6 markah)


6. Berdasarkan Novel Restu karya Ismail Kassan
(a) Bincangkan unsur pengajarannya ( 10 markah)
(b) Huraikan temanya ( 4 markah)
( c ) Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut ( 6 markah)


KERTAS SOALAN TAMAT
“SELAMAT MENJAWAB SOALAN”

0 ulasan:

Post a Comment