Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, September 28, 2009

soalan latih tubi menjelang spm 3

Bahagian Satu
(40 markah)
Jawab semua soalan
Jawapan hendaklah ditulis diruang yang disediakan

Emas perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Lain dulang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya.

Ada ubi ada batas,
Ada budi boleh dibalas.

1. Nyatakan maksud setiap rangkap puisi di atas.

a)……………………………………………………………………………………………
b)……………………………………………………………………………………………
c)……………………………………………………………………………………………
d)……………………………………………………………………………………………
( 4 markah)

2. Isikan watak protagonis @ tajuk cerita yang betul pada ruang yang disediakan.

Watak protagonis Tajuk cerita
a) Tun Tuah
b) Usul Menunjukkan Asal
c) Tajul Muluk
d) Tiga Negeri Semawar
( 4 markah)

3. Dalam cerita Tiga Negeri Semawar, Datuk Malim Hitam ialah raja benua arab yang mempunyai 3 orang putera. Putera sulung baginda ialah Malim Sulaiman , iaitu pemerintah Semawar Tengah. Nyatakan nama dua orang putera baginda yang lain serta negeri-negeri pemerintahannya.

a)……………………………………………………………………………………………
b)……………………………………………………………………………………………
( 4 markah)

4. Kehidupan cuma
satu catatan di rekod perubatan.
Kematian cuma
Satu catatan di rekod perubatan.
Aku cuma
Satu catatan di rekod perubatan.
(Dipetik daripada sajak Aku dan HBKL)

a) Apakah jenis gaya bahasa pengulangan dalam petikan sajak di atas?
………………………………………………………………………………………………
( 2 markah)
b) Berikan contoh-contohnya
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
( 2 markah)

5. Namakan watak wanita yang penting dalam drama yang diberi dibawah
Drama Watak Wanita
Bujur Lalu Melintang Patah a)
Tikar Mengkuang Hamparan Bulu b)
Memburu Bulan Sabit c)
Waktu Sesudah Itu d)
( 4 markah)

6.Senaraikan pengajaran berdasarkan Drama “ Waktu sesudah itu” karya Othman Hj Zainuddin
a)……………………………………………………………………………………………
b)……………………………………………………………………………………………
c)……………………………………………………………………………………………
d)……………………………………………………………………………………………
( 4 markah)

7. Nyatakan nilai kemanusiaan berserta contoh dalam cerpen “ Gajah Putih” karya Zakaria Ali
a)……………………………………………………………………………………………
b)……………………………………………………………………………………………
( 4 markah)

8. “ Bank itu perlu atas nama kemanusiaan”
“ Penubuhannya seperti besi berani kepada hidup yang di murkai Allah”
(Dipetik daripada cerpen Ayu Zahira Masih Di sini karya Siti Aisah Murad)

a) Apakah maksud “ Bank itu” dalam petikan di atas?
……………………………………………………………………………………………
( 1 markah)
b) Nyatakan kehidupan yang dimurkai Allah menurut petikan di atas dan kaitannya dengan penubuhan “Bank itu”
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………...
( 3 markah)
9. Nyatakan empat watak sampingan dalam Novel Restu
a)……………………………………………………………………………………………
b)……………………………………………………………………………………………
c)……………………………………………………………………………………………
d)……………………………………………………………………………………………
(4 markah)
10. Berikan empat perwatakan Ikram berdasarkan Novel Restu
a)……………………………………………………………………………………………
b)……………………………………………………………………………………………
c)……………………………………………………………………………………………
d)……………………………………………………………………………………………
( 4 markah)
Bahagian Dua
( 60 markah)
Jawab tiga soalan sahaja, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C
Bahagian A
( Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab samada soalan 1 atau soalan 2

1. Baca gurindam ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya:

GURINDAM DUA BELAS
( Ini gurindam fasal yang kedua belas)

Raja muafakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri.

Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda Rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.

Ingatkan dirinya mati,
Itulah asal berbuat bakti.

Akhirat itu terlalu nyata,
Kepada hati yang tidak buta.

Raja Ali Haji
Di petik daripada Hati Terkenang mulut Menyebut

(a) Jelaskan Unsur-unsur keindahan puisi di atas. ( 10 markah)
( b) Nyatakan mesej yang terkandung dalam puisi tersebut. (10 markah)

2. Berdasarkan cerita “ Usul Menunjukkan Asal” daripada teks Hati Terkenang Mulut Menyebut:
a) Bandingkan perwatakan Tuan Puteri Galuh Cendera Kirana dengan Galuh Ajeng
( 10 markah)
b) Jelaskan pengajaran daripada cerita “ Usul Menunjukkan Asal” ( 10 markah)

Bahagian B
( Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada soalan 3 atau soalan 4
3. Baca sajak dibawah dan jawab soalan-soalan berikutnya
KHUTBAH II
Semaian benih diladang kehidupan
Menumbuhkan pohon ketakwaan
Bertunas kembang kelopak mekar
Berputik hijau bebuah segar
Bertunjang akar pucuk menular
Hidulah kelopak mekar; wangi batiniah
Santaplah bebuah segar; manis lahiriah
Genggamlah pucuk menular;nur keimanan

Sesekali ribut duniawi melanda
Meniupkan taufan nafsu
Mematikan tunas tak sempat cambah
Memecahkan putik tak sempat berbuah
Melembutkan tunjang tak sempat tegak
Reputnya tunas menjadi sampah
Busuknya putik menjadi ulat
Hancurnya tunjang menjadi habuk

Sebelum hadirnya detik waktu
Memindah musim
Siapkan baja keinsafan
Menabur di ladang kehidupan
Siapkan dangau kesabaran
Menepis ribut godaan
Siapkan batas kesucian
Menapak ke laman impian.
MUSTAFA JUSOH
( Dipetik daripada Bacalah Dalam Bahasamu jilid B)


Huraikan sajak di atas dari segi
a) Bentuk ( 6 markah)
b) Gaya Bahasa ( 10 markah)
c) Mesej ( 4 markah)

4. Berdasarkan drama “ Waktu Sesudah Itu” karya Othman Hj Zainuddin:
a) Huraikan gambaran masyarakat dalam drama tersebut ( 8 markah)
b) Huraikan perwatakan watak utama dalam drama tersebut ( 12 markah)

Bahagian C
( Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6
5. Dia kemudiaanya menapak menuju pangkalan yang kelihatan suram di tindih bayang-bayang .Dan seperti baru bangkit dari lena yang singkat, tetapi mengasyikkan, dia mula menyedari, betapa suasana sebenarnya tidak sepi; anak-anak terdengar menangis terputus-putus dan kokok ayam pun begitu ramah memecah nyaring, bersahut-sahutan dari setiap reban.

( Di petik daripada cerpen Seorang Gadis Semangkuk Sayur Manis oleh Baharin Ramly.)

a) Huraikan gaya bahasa dalam petikan di atas ? ( 6 markah)
b) Siapakah “Dia” Buktikan “Dia” seorang yang bertanggungjawab terhadap
keluarga ( 6 markah)
c) Jelaskan nilai-nilai kemanusiaan lain dalam cerpen tersebut ( 8 markah)

6. Berdasarkan Novel Restu, karya Ismail Kassan:
a)Bincangkan nilai masyarakat dalam novel ini yang perlu dijauhi? ( 10 markah)
b) Huraikan perwatakan watak jalil ( 10 markah)

No comments:

Post a Comment