Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, September 5, 2009

nota puisi tradisional-syair pedoman hidup

maksud

rangkap 1
-hidup manusia diibaratkan seperti bahtera dimana bahtera itu terpaksa menghadapi ombak ditengah segara.bahtera mempunyai 2 pilihan samada undur ataupun mara

rangkap2
-jika kita mempunyai keyakinan dalam diri beserta akal dan budi pekerti,titambah pula dengan doa kepada allah,nescaya hajat yang diidamkan akan tercapai

rangkap3
-semasa menjalani kehidupan,kita terpaksa menghadapi saat suka duka dan penuh dengan ujian.dengan itu,kita hendaklah berpegang kuat pada kemudi bahtera dan jangan sesekali kita leka

rangkap 4
-kita hendaklah mempunyai kemahuan yang teguh.jika tidak mempunyai kemahuan yang teguh sudah pasti akan kecundang

rangkap5
-jika dalam pelayaran itu kita sudah pun dapat melihat daratan,jangan sesekali kita menganggap mudah.sebaliknya kita mestilah berhati-hati terhadap bahaya yang menanti dihadapan

tema
bertemakan nasihat dalam menghadapi kehidupan didunia

persoalan
1.manusia perlu menentukan arah tujuan hidupnya
2. manusia boleh berusaha dan berserah kepada allah
3. kita dituntut berhati-hati dan bersungguh semasa melakukan sesuatu kerja untuk mendapatkan kejayaan

nilai murni
1. nilai kebijaksanaan
2.nilai ketakwaan
3. nilai ketekunan
4.nilai waspada

pengajaran
1. hendaklah sentiasa menginsafi bahawa kehidupan ini bukan mudah,ada kalanya senang dan ada kelanya susah
2. hendaklah cekal dan berusaha bersungguh-sungguh
3.hendaklah meminta pertolongan daripada allah

bentuk
-mempunyai 5 rangkap
-setiap rangkap mempunyai jumlah baris yang sama iaitu 4 baris
-bilangan patah perkataan adalah sama iaitu 4 baris
-jumlah suku kata antara 9 hingga 13 suku kata
-rima akhirnya sama iaitu aaaa
-keseluruhannya syair ini berbentuk terikat

0 ulasan:

Post a Comment