Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, September 5, 2009

nota puisi tradisional-seloka emak sirandang

maksud
-mengisahkan tentang sikap dan tingkah laku emak sirandang yang kononnya sangat baik hati.emak sirandang begitu mudah memberi layanan mesra kepada orang asing(pedagang)yang datang dengan memasakkan nasi untuknya.Akibatnya nasi untuk anak sendiri tiada menyebabkan anak kelaparan.Apa yang lebih malang lagi apabila dagang pergi,emak sirandang terpaksa menanggung segala masalah seperti menanggung hutang,beras simpanan habis,dan padi yang ditanam tidak menjadi

tema
-sindiran terhadap sikap sesetengah masyarakat yang terlalu mengutamakan orang asing daripada keluarga sendiri,kononnya apa yang hendak ditunjukkan ialah sikap berbudi.tetapi budi yang dibuat adalah tidak bertempat sehingga diri dan keluarga merana

persoalan
1.sikap menunjuk-nunjuk membawa padah
2.sikap ibu yang mengabaikan anak sendiri kerana mengutamakan orang asing
3.berhutang

nada
-sinis iaitu menyindir sesetengah masyarakat yang suka mengutamakan orang luar berbanding keluarga sendiri

pengajaran
1. kita hendaklah sentiasa berhati-hati semasa menjalani kehidupan:emak sirandang tidak berhati-hati dan menghadapi pelbagai masalah
2. kita perlulah bersederhana dalam kehidupan:emak sirandang terlalu berlebih-lebih melayan tetamu sehingga dinding rumah diambil untuk dijadikan kayu api
3.kita janganlah suka berhutang kerana ianya boleh memudaratkan kita
4.janganlah mengutamakan orang asing berbanding anak sendiri

0 ulasan:

Post a Comment