Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 30, 2009

TEKNIK MENJAWAB KERTAS KESUSASTERAAN MELAYU

KONSEP SASTERA DALAM CERPEN & NOVEL
1. Tema
2. Persoalan
3. Perwatakan
4. Mesej/ pengajaran
5. Nilai murni/ nilai moral/ nilai kemanusiaan
6. Imej masyarakat/ citra masyarakat/ latar masyarakat
7. Latar masa
8. Latar tempat
9. Gaya bahasa
10. Teknik penulisan
11. Plot
12. Sudut pandangan


KONSEP SASTERA DALAM DRAMA
1. Pemikiran (tema)
2. Persoalan
3. Perwatakan
4. Mesej/ pengajaran
5. Nilai murni/ nilai moral/ nilai kemanusiaan
6. Imej masyarakat/ citra masyarakat/ latar masyarakat
7. Latar masa
8. Latar tempat
9. Gaya bahasa
10. Teknik penulisan
11. Plot
12. Adegan
13. Babak


KONSEP SASTERA DALAM PUISI
1. Tema
2. Nada
3. Bentuk
4. Gaya bahasa
5. Nilai murni/ nilai moral/ nilai kemanusiaan
6. Latar masyarakat/ imej masyarakat/
7. citra masyarakat
8. Latar masa
9. Latar tempat
10. Mesej/ pengajaran
11. Sikap dan perasaan penyajak
11. Unsur bunyi


CONTOH MENULIS JAWAPAN ESEI
TEMA

Huraikan tema cerpen Mereka Tidak Mengerti karya Keris Mas. CONTOH MENULIS JAWAPAN ESEI
Cerpen ini bertemakan sikap dan perasaan bekas penjajah yang memandang rendah terhadap kemampuan anak negeri untuk mengurus dan mentadbir negara. Bill menganggap anak tempatan seperti Kasim akan gagal melaksanakan projek kerajaan yang diperolehnya dan akhirnya akan meminta tolong daripadanya.


PERSOALAN
Huraikan persoalan-persoalan yang terdapat dalam cerpen Paku Payung Limau Mandarin karya Azizi Haji Abdullah.
Kasih sayang. Contoh, Midun tetap menyayangi gurunya dengan menzirahi dan memberikan buah tangan kepada gurunya walaupun guru tersebut bertindak kasar kepadanya semasa di dalam kelas.


PERWATAKAN
Huraikan perwatakan Noraini dalam cerpen Pawana karya Zaharah Nawawi.
Noraini ialah watak utama dalam cerpen ini.
Noraini seorang janda.
Noraini bekerja sebagai penoreh getah.
Noraini seorang yang rajin beribadat. Contoh, Noraini tidak pernah meninggalkan sembahyang walaupun dia sibuk bekerja.


PENGAJARAN
Jelaskan pengajaran yang terdapat dalam cerpen Rimbaku, Air Mataku karya Usman Awang.
Kita hendaklah bijak membuat pertimbangan. Contoh, “Aku” tidak terus pergi ke tempat bapanya ditembak kerana takut menerima nasib yang sama.


NILAI MURNI/ NILAI MORAL/ NILAI KEMANUSIAAN
Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerpen Malam Terakhir karya Hassan Ali.
Nilai Tolong-menolong. Contoh, penduduk kampung telah membantu menguruskan jenazah Hasyim.




IMEJ MASYARAKAT/ CITRA MASYARAKAT

Huraikan imej masyarakat yang terdapat dalam cerpen Hujan Emas Di Negeri Orang karya Ishak Hj. Muhammad
Masyarakat yang berani. Contoh, Bahaman berani berjuang menentang Inggeris.


PLOT

Fahamkan maksud:
1. plot 2. plot kronologi
3. plot tidak kronologi 4. eksposisi cerita
5. perkembangan plot 6. unsur konflik
7. unsur kejutan 8. unsur suspens
9. unsur imbas muka 10. unsur imbas kembali
11. klimaks 12. peleraian cerita

SUDUT PANDANGAN
Apakah sudut pandangan yang digunakan oleh Azizi Haji Abdullah dalam cerpen Paku Payung Limau Mandarin.
Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang pertama.
Pengarang terlibat dalam cerita.
Pengarang menggunakan ganti nama diri “aku”.

LATAR MASA
Nyatakan latar masa cerpen Hujan Emas Di Negeri Orang karya Ishak Haji Muhammad.
Latar masa cerpen ini ialah pada zaman penjajahan Inggeris.

LATAR TEMPAT
Nyatakan latar tempat cerpen Paku Payung Limau Mandarin karya Azizi Haji Abdullah.
Latar tempat cerpen ini ialah di bilik darjah dan di wad kelas tiga.

GAYA BAHASA
- Pemilihan kata (bahasa daerah, bahasa kolokial, penggunaan unsur-unsur keindahan bahasa)

- Penggunaan ayat (ayat panjang atau ayat pendek)

- Penggunaan puisi, peribahasa

- Penggunaan dialog

“Aku tak memaksa. Cuma aku akan sedia mendengar. Mungkin bila aku tahu lebih sikit, dapat jugak aku melapik kata dalam tugas Jabatan atau arahan-arahan rasmi aku masa depan. Maklumlah, kau tak punya pilihan lagi kecuali berhadapan dengan dia dalam tugas-tugas seharian, begitu juga aku.” Suara biola yang gemersik tadi perlahan mati lalu diganti dengan nada yang punya authority. Perkataan Jalil benar-benar telah menjerat Ikram. Terkapai-kapai perasaannya disimpai oleh jerat yang begitu mahir dilontar oleh sang pemburu. Jerat menjerut kemas. Ikram berasa dirinya seumpama kerak dan suara biola itu umpama air.

CONTOH JAWAPAN GAYA BAHASA
Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh, authority.
Penggunaan ayat panjang. Contoh, Terkapai-kapai perasaannya ...oleh sang pemburu.
Penggunaan dialog. Contoh, “Aku tak memaksa. Cuma ...begitu juga aku.”
Kata ganda. Contoh, arahan-arahan
Unsur simile. Contoh, Ikram berasa dirinya umpama kerak dan suara biola itu umpama air.
Unsur personifikasi. Contoh, perkataan Jalil benar-benar telah menjerat Ikram.
Unsur sinkof. Contoh, tak.


TEKNIK PENULISAN

- Teknik pemerian/ deskriptif
- Teknik dialog
- Teknik monolog
- Teknik imbas kembali
- Teknik imbas muka
- Teknik suspens
- Teknik kejutan

CONTOH JAWAPAN TEKNIK PENULISAN
Teknik pemerian. Contoh, Ikram berasa dirinya seumpama kerak dan suara biola itu umpama air.
Teknik dialog. Contoh, “Aku tak memaksa. Cuma ... begitu juga aku.”
Teknik monolog. Contoh, Ikram berasa dirinya seumpama kerak dan suara biola itu umpama air.


SOALAN PERBANDINGAN
Berdasarkan cerita Pahlawan Terbilang Kerajaan Gemilang dalam teks Hati Terkenang Mulut Menyebut:
a) Bandingkan perwatakan Patih Gajah Mada dengan
perwatakan Hang Tuah.
Hang Tuah ialah hulubalang kerajaan Melayu Melaka manakala Patih Gajah Mada ialah pembesar kerajaan Majapahit.
Hang Tuah seorang yang berani kerana dia berani menentang Taming Sari yang mengamuk di peseban manakala Patih Gajah Mada seorang yang penakut kerana dia melarikan diri semasa Taming Sari mengamuk.
Hang Tuah bijak dalam ilmu mempertahankan diri manakala Patih Gajah Mada bijak dalam tipu muslihat untuk membunuh Hang Tuah.
Hang Tuah setia kepada Raja Melaka manakala Patih Gajah Mada setia kepada Seri Betara Majapahit.
Hang Tuah ialah watak protagonis manakala Patih Gajah Mada ialah watak antagonis.

PERWATAKAN
Noraini seorang yang rajin beribadat. Contoh, Noraini tidak pernah meninggalkan sembahyang walaupun dia sibuk bekerja .


NILAI MURNI
Rajin beribadat. Contoh, Noraini tidak pernah meninggalkan sembahyang walaupun dia sibuk bekerja


IMEJ MASYARAKAT
Masyarakat yang rajin beribadat. Contoh, Noraini tidak pernah meninggalkan sembahyang walaupun dia sibuk bekerja

MESEJ
Umat Islam hendaklah rajin beribadat. Contoh, Noraini tidak pernah meninggalkan sembahyang walaupun dia sibuk bekerja


TEMA
Apakah tema sajak Kebanjiran karya A. Samad Said?
Sajak ini bertemakan bencana alam iaitu banjir yang menyusahkan kehidupan orang miskin.

NADA
Huraikan nada sajak Kebanjiran karya A. Samad Said?
Sajak ini bernada sinis. Contoh,
mereka yang enak dan senang
tidak pernah merasa ini semua
cuba fikir agak seketika
kalau tuan kena, apa rasa?

BENTUK
1. Jumlah rangkap 2. Jumlah baris
3. Jumlah kata 4. Rima akhir
5. Kesimpulan * 6. Bentuk sajak


• 2 baris serangkap – distikhon
• 3 baris serangkap – terzina
• 4 baris serangkap – kuatren
• 5 baris serangkap – kuintain
• 6 baris serangkap – sextet
• 7 baris serangkap – septep

GAYA BAHASA

1. Unsur puitis
2. Metafora
3. Personifikasi
4. Hiperbola
5. Anafora
6. Epifora
7. Simplok/ Responsi
8. Repitisi/ totologi
9. Simile
10. Asonansi
11. Aliterasi
12. Onomatope
13. Bahasa klasik
14. Sinkof
15. Pengulangan baris
16. Inversi
17. Perlambangan
18. Bahasa asing
19. Kata ganda
20. Paradoks
21. Unsur prosaik
22. Alusi
23. Perbandingan terus
24. Sarkasme
25. Bahasa Istana
26. Peribahasa


CONTOH GAYA BAHASA
Unsur puitis
Lalu berpayung senja indah

Metafora
Padahal di situ ada mata sepi

Personifikasi
Waktu kabut menyambut siang

Hiperbola
Menguning emaslah

Sarkasme
Celaka sial

Bahasa Istana
Beta

Anafora
Kurasa diriku terlalu kecil
Kurasa ibadatku terlalu nipis

Epifora
tapi bukan mati sebenar mati
kerana tiada mati sebelum mati

Simplok
usia yang panjang
rezeki yang murah

Bahasa klasik
pawana

Pengulangan kata
Begini ya begini tragedi di bumi

Kata ganda
Sepuhlah dada daun-daun

Simile
Bagai kelawar melincam di ruang terang

Asonansi
Jika engkau angin duka

Aliterasi
Tiga belas tahun kutinggalkan

Sinkof
Tak


Perulangan baris
Bangkitlah bangkit

Inversi
Ayuhai kaum di Malaya negeri

Perlambangan
Buah lebat

Perbandingan terus
Hujan dan panas adalah muzik setia

Bahasa asing
Menurut irama march angkatan masing-masing

Paradoks
Jiwamu tewas dengan perwira

Unsur prosaik
Kalau tuan kena, apa rasa?

Unsur alusi
Pendekar dipimpin Maharajalela

Onomatope
Murai berkicau bersayu-sayu

Simpulan Bahasa
Air muka


UNSUR BUNYI
1. Asonansi

2. Aliterasi

3. Pengulangan kalimat bunyi

4. Pengulangan imbuhan

5. Rima akhir





CONTOH JAWAPAN UNSUR BUNYI

Asonansi
Awal mula khabar angkara

Aliterasi
Kuda sekandang tendang menendang

Pengulangan kalimat bunyi
Dagang datang berlagak mahir

Pengulangan imbuhan
Kibarkan panji hunuskan keris

Rima akhir
Rima akhir rangkap 2 ialah abab


UNSUR KEINDAHAN

1. gaya bahasa

2. unsur bunyi

3. bentuk


NILAI MURNI
Kemukakan nilai murni yang terdapat dalam sajak Ibadat karya Sabar Bohari.
Insaf. Contoh, penyajak merasakan dirinya kerdil berbanding dengan Allah.


PENGAJARAN
Apakah mesej yang terdapat dalam sajak Di Luar Diri karya Kemala?
Kita janganlah bertindak kejam sesama makhluk Allah.

LATAR MASA
Nyatakan latar masa sajak Angan-Angan Dengan Gurindam karya Omar Mustaffa.
Latar masa sajak tersebut ialah pada zaman penjajahan.

LATAR TEMPAT
Nyatakan latar tempat sajak Angan-Angan Dengan Gurindam karya Omar Mustaffa.
Latar tempat sajak tersebut ialah di Malaya.


IMEJ MASYARAKAT
Nyatakan imej masyarakat yang terdapat dalam sajak Angan-Angan Dengan Gurindam karya Omar Mustaffa.
Masyarakat yang leka. Masyarakat Melayu pada ketika zaman penjajahan masih leka dengan hiburan dan tidak menghiraukan kekayaan hasil bumi negara diusahakan oleh kaum pendatang.


PERASAAN PENYAJAK
Apakah perasaan penyajak yang terdapat dalam sajak Keluh Kesah karya Pungguk?
Penyajak berasa rindu akan kekasihnya.

SIKAP PENYAJAK
Nyatakan sikap penyajak seperti yang terdapat dalam sajak Angan-Angan Dengan Gurindam karya Omar Mustaffa.
Penyajak menyeru bangsa Melayu supaya rajin berusaha agar hasil bumi negara tidak terlepas ke tangan kaum pendatang.

SOALAN PERBANDINGAN
Bandingkan Puisi A dengan Puisi B dari segi bentuk:

Puisi A mempunyai 4 rangkap manakala Puisi B mempunyai 6 rangkap.
Puisi A mempunyai 4 baris serangkap manakala Puisi B mempunyai 3 baris serangkap.
Panjang pendek baris dalam kedua-dua puisi ialah antara 3 hingga 5 patah perkataaan.
Rima akhir Puisi A berbentuk terikat manakala rima akhir Puisi B berbentuk bebas.
Puisi A berbentuk terikat manakala Puisi B berbentuk bebas.
Puisi A berbentuk kuatren manakala Puisi B berbentuk terzina


BAHAN-BAHAN BACAAN LAIN YANG PERLU DIKUASAI OLEH PELAJAR
1. Ciri-ciri cerpen
2. Ciri-ciri novel
3. Ciri-ciri drama
4. Ciri-ciri drama sejarah
5. Ciri-ciri drama sandiwara
6. Ciri-ciri drama realisme
7. Ciri-ciri pantun dan cara menghasilkan pantun
8. Ciri-ciri syair dan cara menghasilkan syair
9. Ciri-ciri gurindam
10. Ciri-ciri seloka
11. Sejarah perkembangan cerpen di Malaysia
12. Sejarah perkembangan novel di Malaysia
13. Sejarah perkembangan drama di Malaysia
14. Sejarah perkembangan sajak di Malaysia
15. Ciri-ciri sastera sejarah
16. Ciri-ciri sastera epik
17. Ciri-ciri sastera hikayat/ cerita berbingkai
18. Ciri-ciri sastera penglipur lara
19. Ciri-ciri cerita panji
20. Bahagian pengenalan dalam setiap genre

UNTUK MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG
TEKNIK MENULIS ISI JAWAPAN
1 isi dan 1 contoh dalam 1 perenggan

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG
* Jawab dalam “point form”
* Untuk soalan perbandingan, jawapan ditulis bukan
dalam bentuk perbandingan terus
* Ejaan ringkas dan ayat yang tidak gramatis
* Tulisan sukar dibaca

CADANGAN UNTUK SOALAN ESEI
1 soalan dijawab dalam 1 helai kertas.

* Tahu teknik belajar yang berkesan

* Jangan spot soalan

* Baca buku teks sehingga faham isi cerita. Jangan
bergantung kepada buku nota dan buku ulasan
sahaja.

* Tahu/ faham konsep yang terdapat dalam sastera

* Tahu teknik menjawab soalan.



SEMOGA LULUS PEPERIKSAAN SPM DENGAN CEMERLANG

No comments:

Post a Comment