Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, July 28, 2009

SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU 2002

SOALAN SPM 2002

BAHAGIAN SATU

[ 40 markah ]

Jawab semua soalan

Jawapan hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan.

1. Puisi A

Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.

Paku dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih.

( Dipetik daripada Hati Terkenang Mulut Menyebut )
Puisi B

Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.

Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

( Dipetik daripada Hati Terkenang Mulut Menyebut )

( a ) Puisi A ialah …...………………………………………... [ 1 markah ]

Puisi B ialah ……………………………………………... [ 1 markah ]

( b ) Berikan satu perbezaan antara Puisi A dan Puisi B.
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

[ 2 markah ]
2. ( a ) Lengkapkan jadual di bawah.

Tajuk
Jenis

Contoh:
Adat Istiadat Melayu Perak


Sastera Sejarah


Pahlawan Terbilang Kerajaan
Gemilang



Tiga Negeri Semawar



[ 2 markah ]

( b) ……………………….. dianggap sebagai tokoh yang menjadi pemisah antara karya sastera tradisional dan sastera moden ( 2m )

3. “…. Kedua dayang itu amat setia kepada Galuh Cendera Kirana itu, laksana suatu nyawa: demikianlah halnya tuan puteri dengan dayang-dayang dua orang itu …”
( Dipetik daripada cerita Usul Menunjukkan Asal )

( a ) Kedua-dua dayang yang disayangi oleh Galuh Cendera Kirana dalam petikan itu ialah

( i ) ……………………………………..

( ii ) …………………………………….
( 2 markah )
( b ) Berikan nama dua negeri yang terdapat dalam cerita Usul Menunjukkan
Asal

( i ) ……………………………………

( ii ) …………………………………..
( 2 markah )

4. Buku adalah laut ilmu
terokalah teroka
alur muaranya luas terbuka

( Dipetik daripada sajak Laut Ilmu oleh J.M. Aziz
dalam Bacalah Dalam Bahasamu )

( a ) Apakah maksud metafora ?
………………………………………………………………………
………………………………………………………………………
[ 2 markah ]

( b ) Berikan satu contoh metafora dalam petikan sajak di atas.
……………………………………………………………………..
……………………………………………………………………..
[ 2 markah ]

5. Dalam drama terdapat babak dan adegan.

Apakah yang dimaksud dengan:

( a ) Babak:

…………………………………………………………………………………………………………………………………………..
( 2 markah )
( b ) Adegan:

……………………………………………………………………………………………………………………………………………. ( 2 markah )

6. Di tengah sunyi sepi suasana
Tun Seri Lanang mengatur pena
Menyusun hikayat dengan sempurna
Namanya masyhur hingga ke mana-mana.

( Dipetik daripada drama Tun Seri Lanang, Shaharom Husain )

( a ) Hikayat yang dimaksudkan dalam petikan di atas ialah ………………………….…………………………………………………….
( 2 markah )

( b ) Berikan dua tujuan hikayat tersebut dikarang.

( i ) ………………………………………………………………
( 1 markah )

( ii ) ………………………………………………………………
( 1 markah )


7. Cerpen Hujan Emas Di Negeri Orang merupakan salah sebuah karya Ishak Hj. Muhammad.

( a ) Berikan dua watak yang terdapat dalam cerpen itu.

( I )………………………………….

( ii ) ………………………………..
[ 2 markah ]

( b ) Tema cerpen tersebut ialah ………………………………………..
……………………………………………………………………….
……………………………………………………………………….
[ 2 markah ]

8. Cerpen Ke Bintan – To, karya A. Samad Ismail mengisahkan kesusahan
dan penderitaan masyarakat Melayu semasa pemerintahan Jepun.

Dua kesusahan yang dihadapi ialah

( I ) ……………………………………………………………….
( 2 markah )
( ii ) ………………………………………………………………
( 2 markah )

9. “ Dunia ini kecil saja rupanya. Saya telah merantau ke serata tempat. Saya mengembara ke serata negeri. Saya melawat dari negara Timur Tengah. Eropah hinggalah ke Benua Amerika. Dan akhirnya seperti kata pepatah:
Bagai seluang pulang ke lubuk,
Bagai gagak pulang ke benua.

( Dipetik daripada novel Restu karya Ismail Kassan )

( a ) Apakah peristiwa yang menyebabkan kata-kata di atas dituturkan?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………… ( 2 markah )

( b )Nyatakan satu mesej yang terdapat dalam petikan di atas.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………….. ( 2 markah )

10. Berdasarkan jadual di bawah, nyatakan jawatan bagi watak-watak yang terdapat dalam novel Restu karya Ismail Kassan.


Watak
Jawatan
(i) En. Jalil

(ii) Hasnah

(iii) Tok Leman

(iv) Maimunah


[ 4 markah ]
Bahagian Dua

( 60 markah )

Jawab tiga soalan sahaja, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
_____________________________________________________________

Bahagian A

( Puisi Tradisional dan Prosa Klasik )

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

1 Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-
soalan berikutnya

PANTUN EMPAT KERAT
(Budi)
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati ;
Budi tuan saya tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.
Jentayu burung jentayu
Hinggap di balik pohon mayang;
Bunga kembang akan layu,
Budi baik bilakah hilang

Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi
(a) Berdasarkan pantun di atas, bagaimanakah masyarakat
menghargai budi?
[6 markah]

(b) Analisis keindahan bahasa pantun di atas.
[10 markah]

(c) Berikan satu rangkap pantun berkaitan budi yang anda ketahui
[10 markah]


2 Cerita Hikayat Ali Baba Syah tergolong dalam cerita berbingkai:
(a) Nyatakan ciri-ciri cerita berbingkai.
[6 markah]

(b) Tulis satu daripada cerita yang terdapat dalam cerita
Hikayat Ali Bada Syah.
[12 markah]

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3 Baca sajak di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

SURAT KEPADA AYAH

Ayahanda
Hari ini kuterima suratmu
Gembiranya hati mendapat berita
Keluarga kita sihat semua.

Syukur,
Anakanda di sini tidak kurang apa-apa
Kawan-kawan banyak di asrama
Semuanya baik-baik belaka.

Anakanda tidak akan lupa
Semua nasihat dari ayahanda
Kita memang bukan orang berada
Hanya kaya budi bahasa
Percayalah ayahanda
Anakanda tidak akan lalai
Pelajaran tetap anakanda utamakan.

Sekian dulu kali ini Salam untuk ayahanda dan bonda
Salam juga untuk adik-adik tercinta.

AZRAN ABDUL RAHMAN

(a) Nyatakan tema sajak di atas
[4 markah]
(b) Jelaskan nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut
[8 markah]
(c) Ciptakan sebuah sajak bertemakan kasih sayang terhadap keluarga
[8 markah]
Bahagian C
(Cerpen dan Novel)

Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

5 Plot ialah salah satu aspek dalam penulisana cerpen.
Berdasarkan cerpen Detik yang Tergugat karya Osman Ayob:

(a) Berikan definisi plot
[4 markah]
(b) Jelaskan binaan plot cerpen tersebut.
[8 markah]
(c) Huraikan unsur-unsur plot dalam cerpen ini.
[8 markah]

6 Yazid terus menerpa bagaikan seekor harmau lapar. Ramli cuba menghalang serangan Yazid. Menyedari tindakan Ramli yang cuba menghalangya, Yazid pula dengan pantas melepaskan satu tendangan padu tepat ke arah dadanya. Ramli jatuh terhempas ke belakang. Yazid terus meluru sambil menghayunkan satu lagi tendangan dengan kaki kanan. Belum pun sempat tendangan itu hinggap ke arah dagu Tok Leman, tiba-tiba muncul Pak Usop menepis kuat tendangan kaki itu. Tubuh Yazid berpusing akibat kuatnya tepisan itu. Serentak itu Pak Usop segera memulas tangan kanan Yazid ke belakang.
(Dipetik daripada novel Restu Karya Ismail Kassan)

(a) Siapakah yang berkonflik di dalam petikan di atas
[2 markah]
(b) Ceritakan peristiwa-peristiwa yang menyebabkan berlakunya konflik tersebut.
[8 markah]
(b) Bincangkan perwatakan Yazid dalam novel ini.
[10 markah]



KERTAS SOALAN TAMAT

No comments:

Post a Comment