Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, July 28, 2009

NOTA PANTUN

PANTUN EMPAT KERAT(JENAKA)

Maksud
R1: maksud tersurat iaitu harimau menjadi gementar apabila melihat kambing yang selaku menjadi makanannya sudah pandai bersilat.maksud tersirat iaitu golongan yang berasa dirinya kuat dan berkuasa mula tergugat apabila golongan yang dianggapnya lemah berjaya mengangkat martabat diri dengan ilmu pengetahuan
R2; maksud tersurat iaitu ikan yang sudah biasa makan umpan di air berasa hairan dan pelik apabila melihat umpan diletak jauh di kaki gunung.Maksud tersirat ialah jika sesuatu perkara itu diletak atau diberi tugas kepada orang yang tidak berkenaan akan menimbulkan rasa tidak puas hati pihak terbabit.
R3: Maksud tersurat iaitu kucing berasa hairan dan bimbang apabila melihat sumber makanannya tikus sudah bergerak lebih pantas daripadanya.Maksud tersirat ialah orang yang selama ini kuat dan berkuasa akan berasa bimbang apabila melihat kekuatan orang yang diperalatkannya sudah bergerak lebih maju daripadanya
R4; Maksud tersurat iaitu musang yang kuat dan musuh kepada ayam sanggup datang minta damai apabila ayam sudah berkuasa.Maksud tersirat musuh akan berasa gentar apabila kita dapat membuktikan bahawa kita mempunyai kekuatan untuk menentang mereka
R5: Maksud tersurat iaitu tikus tua kebingungan apabila melihat kucing yang menjadi musuh sudah tidak garang lagi.Maksud tersirat ialah perbuatan yang luar biasa dilakukan oleh seseorang akan menjadikan orang lain hairan
R6; Maksud tersurat iaitu musang dan helang buta,ayam akan berasa selamat .Maksud tersirat ialah golongan yang lemah dan terancam oleh musuh akan berasa lapang dan selamat apabila musuhnya tidak kuat.

Tema
-Bertemakan tentang sikap manusia yang berbagai-bagai.Tema ini disampaikan secara sitara iaitu menggunakan watak binatang.

Persoalan
1.ilmu yang dikaitkan dengan status dan kedudukan.Ilmu akan mengangkat seseorang daripada lemah kepada dihormati
2. keselamatan dan hubungan yang harmoni dalam msyarakat .


Pengajaran/mesej
1. kita hendaklah berusaha memperbaiki kelemahan diri dengan cara menambahkan ilmu pengetahuan
2. kita janganlah menganggap orang yang lemah tidak mampu bertindak
3. kita hendaklah berdamai bagi mengelakkan permusuhan

Gaya bahasa
1. personifikasi
contoh: “duduk termenung tikus tua”(r5:b4)
2. inversi
contoh: “datang musang minta berdamai”(b4,r4)
3. hiperbola
contoh: “camca jatuh patah berdengung” (r2,b2)

Unsur bunyi
1. asonansi
-perulangan vokal ‘u’
contoh; gemuruh tabuh bukan kepalang

2.aliterasi
perulangan konsonan ‘m’
contoh: melihat ayam memakai tanduk

Bentuk
mengandungi 6 rangkap
setiap rangkap mempunyai 4 baris
mempunyai 3-4 patah kata
mempunyai 9-10 suku kata
rima akhir a,b,a,b
2 baris pertama setiap rangkap pembayang dan 2 baris terakhir maksud.



PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

Maksud
R1:Budi atau kebaikan yang dilakukan tidak mudah dilupakan.Orang yang mengenang budi sentiasa menyematkan kebaikan yang diterimanya dalam hati

R2: Setiap benda atau kehidupan akan hilang,pudar,mati atau layu mengikut peredaran masa tetapi budi yang ditaburkan sentiasa tersemat dalam ingatan

R3 : Orang yang menerima budi akan sentiasa menyebut dan mengenang budi yang diterimanya.

R4: Jika dibuat perbandingan antara kehidupan manusia dengan besi,manusia dianggap hina kerana tidak memiliki budi yang baik, sedangkan besi akan hilang keindahannya dan tidak berguna apabila berkarat,kerana karat pada besi akan menjadi racun.

Tema
-Bertemakan tentang budi dan kepentingan budi dalam kehidupan manusia.

Persoalan:
kepentingan budi
nilai budi yang tinggi dan mulia terletak pada keikhlasan hati antara yang memberi dan menerima budi
budi amat penting bagi manusia

Pengajaran
1.kita hendaklah sentiasa mengingati budi yang pernah kita terima daripada seseorang
2. kita hendaklah ikhlas dalam melakukan sesuatu kebaikan
3. kita hendaklah sentiasa mengenang jasa baik orang

Gaya bahasa

sinkop
contoh: “budi tuan saya tak lupa”(R1:B3)

Anafora -iaitu perulangan bunga diawal baris
contoh: bunga melati bunga didarat
bunga seroja ditepi kali

3.peribahasa
contoh: hina besi kerana karat


Unsur bunyi
Asonansi
perulangan vokal ‘a’
contoh: bunga melati bunga didarat(R4:B1)

Aliterasi
-perulangan konsonan ‘t’
contoh: tenang –tenang air dilaut (R3:B1)

Bentuk
merupakan pantun 4 kerat
mempunyai 4 rangkap
setiap rangkap mengandungi 4 baris
mempunyai 3-4 baris
suku kata antara 8-10
rima akhir a,b,a,b


PANTUN ENAM KERAT (NASIHAT)

Maksud keseluruhan
-iaitu mengenai nasihat supaya kita tidak mengikut sifat rambutan jantan yang hanya mampu mengeluarkan bunga,tetapi tidak berupaya menghasilkan buah.Secara tersirat ,pantun ini menyindir golongan yang tidak bersungguh-sungguh dalam setiap kerja yang dilakukan .

Tema
- pantun ini bertemakan tentang nasihat. iaitu gambaran msyarakat yang mengutamakan nilai memberi nasihat sebagai tanggungjawab bersama

Persoalan
- usaha teras kejayaan,tetapi jira usa yang dilakukan hanya sekerat jalan,kejayaan yang diimpikan tidak ak tercapai
- mengenalpasti kemampuan diri sendiri

Pengajaran
kita hendaklah melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya
kita perlulah yakin dengan kebolehan diri sendiri dan tidak bergantung kepada diri sendiri
kita janganlah suka berlagak jira kita tidak mampu melakukan sesuatu seperti orang lain.

Gaya bahasa
1. Anafora
-iaitu perulangan kata orang diawal baris
contoh; orang berbunga awak berbunga
orang berbuah awak tidak
2. Repitasi
iaitu perulangan kata dalam kalimat
contoh: orang berbunga awak berbunga

3. Responsi
iaitu perulangan kata awak ditengah baris
contoh: orang berbunga awak berbunga
orang berbuh awak tidak

Unsur bunyi
1. Asonansi
perulangan bunyi vokal ‘u’
contoh: Burung kedidi terbang ke hutan

2. Aliterasi
perulangan konsonan ‘j’
contoh; jangan menjadi rambutan jantan
Bentuk
mengandungi 6 baris serangkap
satu rangkap pantun terdiri daripada 3 baris pembayang iaitu baris 1,2,dan3dan 3 baris maksud iaitu baris 4,5, dan 6
jumlah percatan setiap baris hila 4 patah percatan
jul suku kata antara 9-10 suku kata
rima akhir ahila a,b,c,a,b,c

PANTUN EMPAT KERAT (AGAMA)

maksud
R 1: menasihatkan kita supaya jangan melakukan perbuatan haram seperti yang termaktub dalam al quran
R2 : sebagai umat islam kita disuruh sentiasa berdoa kepada tuhan agar diberi petunjuk yang benar
R3: kita tidak boleh mementingakn harta kekayaan kerana ianya hanyalah sementara dan tidak dapat dibawa apabila mati
R4: kehidupan didunia hanya sementara saja,kita hendaklaha sentiasa mempersiapkan diri untuk bekalan akhirat

tema
-pantun ini bertemakan tentang agama dan amalan-amalan yang dituntut oleh agama

persoalan
hukum agama mesti dipatuhi dan menjauhi perkara yang dilarang oleh agama
bekalan akhirat perlu dicari selagi bernyawa
berdoa kepada allah agar diberi petunjuk ke jalan yang benar

pengajaran
kita janganlah suk melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama
kita hendaklah sentiasa berdoa kepada allah agar diberi petunjuk
kita janganlah bersikap tamak kerana harta dunia itu tidak boleh dibawa mati

gaya bahasa
inversi-pembalikkan kataL contoh: mati seekot tinggal lapan-sepatutnya seekor mati tinggal lapan
bahasa asing-penggunaan bahasa arab ☺contoh kitab, haram

unsur bunyi
asonansi-perulangan vocal ‘u’# contoh “ kulit lembu celup samak
aliterasi-perulangan konsonan ‘d’# contoh: daun terap diatas dulang

bentuk
terdiri daripada 4 rangkap
setiap rangkap mengandungi 4 baris
dua baris pertama pembayang dan dua baris terakhir maksud
setiap baris mempunyai antara 3-4 patah perkataan
jumlah suku kata setiap baris antara 8-11 suku kata
skema rima akhir ialah a,b,a,b kecuali rangkap kedua a,a,a,a


PANTUN BERKAIT(KEPAHLAWANAN)

Maksud;
R1: Sindiran atau cabaran kepada seseorang yang mengelakkan diri atau penakut daripada menyambut cabaran
R2; Orang yang pengecut berdepan dengan cabaran dianggap mementingkan diri sendiri dan tidak sanggup berkorban
R3: Orang yang tidak sanggup berkorban dan mementingkan diri sendiri bertentangan dengan sifat seorang pahlawan
R4: Sifat seorang pahlawan yang berani memiliki ciri-ciri kesetiaan dan sanggup berkorban apa saja demi maruah diri dan bangsa
R5: Kesanggupan melakukan pengorbanan demi mempertahankan maruah dan menghadapi kepahitan hidup dianggap satu perjuangan dalam hidup
R6: Orang yang sanggup berjuang dan berani menanggung risiko dalam kehidupan akan dikenang nama dan jasanya oleh masyarakat
R7: Nama yang baik itu akan dikenang oleh sepanjang masa dan zaman.

Tema
Bertemakan tentang kepahlawanan yang dikaitkan dengan sifat-sifat seorang yang dianggap pahlawan dan pejuang.

Persoalan
1. Keberanian menempuh cabaran.Ini adalah ciri seorang pahlawan yang tidak pernah takut walaupun terpaksa berdepan dengan maut.
2. Pengorbanan yang ikhlas akan dikenang dan diingati sepanjang zaman.
3. Menghargai jasa dan pengorbanan pahlawan yang telah berjuang demi keamanan tanah air
Pengajaran
Kita hendaklah mencontohi sifat-sifat seorang pahlawan yang gagah berani dan tidak mementingkan diri
Kita perlulah mengambil risiko untuk mencuba sesuatu yang baru demi kemajuan diri sendiri
Kita perlulah mengenang jasa dan pengorbanan pahlawan-pahlawan yang telah terkorban kerana berjuang mempertahankan tanah air.

Nada
-Pantun ini bernadakan nada patriotik, kerana penyair melahirkan semangat perjuangan yang kental demi maruah diri,bangsa dan agama.

Sikap dan perasaan
-sikap penyair yang tidak gentar dengan cabaran mempamerkan perasaan cinta penyair terhadap tanah air.
-penyair juga membayangkan perasaan kecewanya terhadap orang muda yang takut kepada risiko dan cabaran sehingga membantutkan usaha mereka untuk memajukan diri.

Bentuk
-pantun ini terdiri daripada 7 rangkap
-setiap rangkap terdiri daripada 4 baris serangkap, iaitu 2 baris pembayang dan 2 baris maksud
-antara rangkap dengan rangkap yang lain ada perkaitan.
-jumlah perkataan setiap baris antara 3-4 patah kata
-jumlah suku kata antara 9-10 suku kata
-skema rima akhir pantun berbentuk a-b-a-b .kecuali rangkap 5 a-a-a-a

1 comment: