Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, July 29, 2009

KOLEKSI NOTA 5 PROSA TRADISIONAL(BUNGA BAKAWALI)

Prosa bunga bakawali

Synopsis
Disebelah utara syarqastan,terdapat sebuah negeri yang diperintah oleh seorang raja bernama zainul muluk.baginda merupakan seorang raja yang tampan dan adil dalam pemerintahannyaserta mempunyai empat orang putera.kesemua puteranya tampan,gagah dan bijaksana.tidak lama kemudian,baginda dikurniakan pula putera kelima
Atas nasihat ahli nujum,putera itu diberi nama tajul muluk.ahli nujum meramalkan putera kelima ini akan memerintah empat penjuru alam(maknanya akan menjadi raja agung yang sangat masyhur),tetapi menurut nujum itu lagi,apabila putera kelima itu berumur 12 tahun, baginda tidak boleh memandang wajahnya.kalau baginda terpandang wajah tajul muluk ,akibatnya mata baginda akan buta.oleh hal yang demikian tajul muluk dibesarkan disebuah mahligai di luar negeri tersebut.
Pada suatu hari,ketika sedang berburu,baginda zainul muluk telah terpandang wajah tajul muluk yang pada ketika itu sudah pun berusia 12 tahun.akibat daripada peristiwa itu, mata baginda menjadi buta.baginda sangat murka.tajul muluk dihalau keluar negeri dan ibunya dijadikan gembala ayam.
Perdana menteri mencanangkan berita ke seluruh negeri supaya rakyat mencari penawar mata baginda,tetapi gagal. Seorang ahli nujummemberitahu bahawa penawarnya ialah bunga bakawali.walaupun tidak diizinkan oleh zainul muluk,keempat-empat putera baginda tetap keluar untuk mencari bunga bakawali.tajul muluk yang mengetahui hal tersebut menyamar sebagai orang biasa dan menyertai rombongan keempat-empat saudaranya itu tanpa pengetahuan mereka.
Angkatan tersebut akhirnya sampai di sebuah negeri yang diberi nama negeri firdaus.negeri ini di perintah oleh seorang raja yang bernama Ridhwan syah.keempat-empat orang putera itu akhirnya sampai di istana puteri jenuh hati.segala harta mereka habis ditipu oleh puteri tersebut dalam permainan catur.mereka juga menjadi hamba kepada puteri tersebut dan dipenjarakan.tajul muluk yang menggunakan kebijaksanaannya dengan menyamar,akhirnya berjaya mengetahui rahsia permainan catur tersebut.tajul muluk membeli seekor musang dan diajarnya bahasa isyarat.dengan pertolongan musang tersebut,tajul muluk dapat menewaskan puteri jenuh hati dalam permainan catur.puteri jenuh hati memberitahu tajul muluk bahawa bunga bakawali kepunyaan seorang puteri raja yang sangat besar kerajaannya.setelah membebaskan keempat-empat saudaranya,tajul muluk mula mengembara ke negeri yang disebutkan itu untuk mendapatkan bunga bakawali.
Dengan pertolongan dewa,tajul muluk akhirnya sampai di sempadan negeri tersebut.dari sana,tajul muluk terpaksa meredah hutan belukar yang tebal,yang bukan sahaja dipenuhi dengan onak duri,tetapi juga penuh dengan ular yang besar-besar.tajul muluk berjaya memperdaya raksasa untuk bertemu dengan dewi hamalah,iaitu penjaga taman bakawali.tajul muluk akhirnya dapat berkahwin dengan puteri mahmudah yang dipelihara oleh dewi hamalah.tajul muluk kemudiannya berjaya memujuk isterinya untuk meminta izin dewi hamalah supaya membenarkan dia masuk ke dalam taman bakawali
Di dalam taman bakawali,tajul muluk telah berjaya memetik sekumtum bunga bakawali dan menukar cincinnya denga cincin puteri jelita yang sedang tidur disitu.kemudian,tajul muluk pun pulang dan akhirnya hidup bahagia disamping isterinya….

Tema
bertemakan tentang kekeluargaan iaitu kasih sayang seorang anak kepada ayahnya.contohnya demi kasih sayangnya terhadap ayahnya, tajul muluk keluar mengembara untuk mencari penawar bagi menyembuhkan mata ayahandanya walaupun dirinya disisihkan oleh ayahnya.,akhirnya setelah menghadapi perjalanan yang sukar tajul muluk berjaya mendapatkan bunga bakawali untuk mengubati mata ayahnya zainul muluk yang menjadi buta setelah melihat tajul muluk ketika tajul muluk berusia 12 tahun.

Persoalan
1. persoalan kepercayaan kepada tilikan ahli nujum
Contoh: zainul muluk sangat percaya pada tilikan ahli nujum.nama putera kelima baginda diberi atas nasihat ahli nujum.apabila mata baginda benar-benar buta setelah terpandang wajah putera kelima baginda semakin percaya dengan tilikan nujum tentang penawar mata baginda iaitu bunga bakawali
2. persoalan kebijaksanaan
Contoh: puteri jenuh hati bijak bermain catur dengan menggunakan tipu helah sehingga keempat-empat putera zainul muluk tewas.namun demikian tajul muluk lebih bijak kerana dapat menewaskan puteri tersebut
3.persoalan kesetiaan
Contoh: apabila zainul muluk menjadi buta, rakyat yang setia berusaha mencari penawar untuk baginda tetapi gagal

Plot
- disusun secara kronologi atau mengikut urutan waktu
- permulaan: menceritakan mengenai gambaran tentang seorang raja yang bernama zainul muluk di utara syaqastan yang mempunyai empat orang putera.kesemua putera baginda digambarkan sebagai putera yang tampan dan gagah
- aksi menaik atau perkembangan: apabila mendapat putera kelima yang bernama tajul muluk,baginda zainul muluk menghadapi konflik kerana menurut tilikan nujum bahawa mata baginda akan menjadi buta sekiranya terpandang wajah tajul muluk ketika berisia 12 tahun.untuk menjaga keselamatannya baginda terpaksamembuat mahligai diluar negeri sebagai tempat tinggal puteranya itu.sewaktu berburu,baginda secara tidak sengaja terpandang wajah tajul muluk yang ketika itu sudah berusia 12 tahun.maka terjadilah seperti ramalan nujum,iaitu mata baginda menjadi buta.oleh haal demikian tajul muluk dihalau dan ibunya dijadikan gembala ayam.rakyat dikerah untuk mencari penawar mata baginda,iaitu bunga bakawali seperti yang dinyatakan oleh nujum.keempat-empat putera baginda turut keluar mencari penawar itu tetapi diperangkap oleh puteri jenuh hati dalam permainan catur.tajul muluk yang turut keluar mencari penawar menghadapi pelbagai cabaran yang boleh dilihat sebagai konflik dalam cerita ini seperti berlawan catur dengan puteri jenuh hati dan meredah hutan belukar yang penuh onak duri serta ular yang besar
- klimak atau kemuncak: tajul muluk telah berjaya mempengaruhi puteri hamalah supaya membenarkan memasuki taman bakawali.baginda berjaya memetik bunga bakawali dan menukar cincinnya dengan puteri bakawli
- peleraian:tajul muluk akhirnya hidup bahagia bersama isterinya,puteri mahmudah setelah berjaya mengambil bunga bakawali tersebut

latar

latar masa
1. latar zaman: berlaku pada zaman silam iaitu zaman peralihan hindu-islam di nusantara
2. latar waktu;tempoh 12 tahun sejakperistiwa kelahiran tajul muluk sehingga membaw peristiwa zainul muluk menjadi buta

latar tempat
1. disebelah utara syarqastan-terletaknya negeri yang diperintah oleh zainul muluk
2. di dalam hutan-zainul muluk sedang berburu dan kemudiannya terpandang wajah tajul muluk yang sudah berusia 12 tahun yang menyebabkan mata baginda buta
3. di dalam mahligai puteri jenuh hati- di mahligai ini ,keempat-empat putera zainul muluk kalah berlawan catur dengan puteri jenuh hati sehingga mereka dipenjara
4. di rumah nenek tua( dalam negeri firdaus)-disinilah tajul muluk mengetahui rahsia bermain catur bagi mengalahkan puteri jenuh hati
5. di sempadan negeri bakawali-disinilah tajul muluk terpaksa meeredah hutan tebal yang penuh dengan duri dan ular besar untuk sampai ke negeri bakawali
6. taman bakawali-disinilah tajul muluk berjaya memetik bunga bakawali untuk dijadikan penawar mata ayahanda baginda

latar masyarakat/gambaran/citra/imej masyarakat
1. masyarakat yang zalim.contoh; zainul muluk seorang bapa yang zalim dan kejam dengan menyingkirkan anaknya tajul muluk dari hidupnya iaitu membina istana di luar negeri untuk menempatkan tajul muluk setelah mengetahui tajuk muluk akan membawa malang kepadanya.setelah matanya buta akibat terpandang tajul muluk yang ketika itu berusia 12 tahun ,baginda menghalau tajul muluk dan menjadikan ibu tajul muluk sebagai gembala ayam
2. masyarakat yang suka berjudi.contoh peristiwa pertaruhan harta dalam perlawanan catur antara keempat-empat putera zainul muluk dengan puteri jenuh hati menyebabkan keempat-empat putera raja tersebut kalah dan dipenjarakan
3. masyarakat yang mempercayai ahli nujum.contoh; zainul muluk percaya kepada kata-kata ahli nujum sehingga menamakan nama anaknya tajul muluk atas nasihat ahli nujum
4. masyarakat yang bertanggungjawab.contoh keempat –empat putera zainul muluk bertanggungjawab terhadap bapanya dengan keluar mengembara untuk mencari penawar penyakit mata ayahnya
5. masyarakat yang penyayang dan sanggup berkorban.contoh:tajul muluk amat menyayangi ayahnya walaupun beliau disisihkan dan sanggup berkorban untuk mencari penawar mata ayahnya
6. masyarakat yang bijaksana.contoh tajul muluk menggunakan kebijaksanaanya dengan menyamar demi untuk sama-sama menyertai rombongan keempat-empat kekandanya mencari bunga bakawali.tindakannya menyamar adalah untuk tidak dikenali

watak dan perwatakan

zainul muluk
- raja disebelah utara syarqastan yang sangat tampan serta mempunyai 5 orang putera
- seorang bapa yang penyayang contoh; tiak membenarkan keempat-empat orang putera baginda keluar mencari bunga bakawali kerana bimbang akan kesalamatan mereka
- sangat mempercayai tilikan nujum contoh: baginda bukan sahaja menamakan putera kelima atas nasihat ah;li nujum tetapi apabila mata baginda menjadi buta kerana terpandang wajah tajul muluk yang sudah berusia 12 tahun baginda sanggup menghalau tajul muluk
- sangat kejam kerana menghalau tajul muluk dan menjadikan ibu tajul muluk sebagai gembala ayam
- pemurah contoh; ketika lahirnya putera kelima baginda bersedekah kepada fakir miskin

empat orang putera zainul muluk
-kekanda tajul muluk
-putera yang gagah ,tampan dan bijak
-mempunyai sifat kasih saying contoh: baginda berempat sanggup keluar mengembara untuk mencari penawar mata ayahanda baginda iaitu bunga bakawali walaupun dilarang oleh ayahandanya
-mempunyai sifat persaudaraan yangtinggi dan sanggup bekerjasama
- kalah dalam pertaruhan judi bermain catur dengan puteri jenuh hati
-dipenjarakan kerana kalah bermain judi tetapi diselamatkan oleh tajul muluk

Tajul muluk
- putera kelima zainul muluk
- digambarkan mempunyai wajah yang tampan
- diramal oleh nujum sangat berkuasa apabila dewasa nanti,tetapi bila berumur 12 tahun mata ayahandanya buta jika terpandang wajahnya
- berhati mulia contoh walaupun dihalau oleh ayahandanya,tajul muluk masih sanggup mencari bunga bakawali untuk dijadikan penawar mata anyahandanya
- bersifat kasih saying den mengenang budi
- seorang yang bijaksana dan pintar contoh menyamar dan berjaya mengalahkan puteri jenuh hati dalam permainan catur
- bersifat berani contoh berani meredah hutan tebal yang penuh onak dan duri serta ular besar

puteri jenuh hati
- nama sebenar del peri leka
- seorang janda
- tinggal di mahligai di negeri firdaus
- cantik
- pandai menipu contoh mengalahkan keempat-empat putera zainul muluk dalam bermain catur dengan menggunakan tipu muslihat
- tahu banyak rahsia tentang bunga bakawali
- tewas kepada tajul muluk bermain catur

raksasa
- sifat penyayang contoh; sanggup memelihara tajul muluk seperti anaknya sebdiri
- bimpati contoh:bersimpati dengan tajul muluk yang terlalu ingin melihat taman bakawali dan sanggup membantu tajul muluk melaksanakan hasratnya

nenek tua
-bekerja dimahligai puteri jenuh hati
-kaya raya
-Kasih saying contoh: sangat menyayangi tajul muluk
- suka menolong contoh; sanggup memberi modal kepada tajul muluk untuk berniaga dan membongkar rahsia tipu muslihat puteri jenuh hati kepada tajul muluk

Dewi hamalah
- pemerintah kepada dua belas ribu raksasa
- punyai seorang puteri bernama puteri mahmudah
- bersifat kasih saying contoh sanggup menolong tajul muluk mendapatkan bunga bakawali

puteri mahmudah
-puteri kepada dewi hamalah
-isteri kepada tajul muluk
-sangat menyayangi tajul muluk

Nilai kemanusiaan/positif/murni
1. nilai kasih saying contoh: raja zainul muluk sangat menyayangi keempat-empat puteranya sehingga melarang putera-puteranya keluar mencari bunga bakawali kerana bimbangkan keselamatan mereka
2. nilai membalas budi contoh: keempat-empat putera zainul muluk keluar mencari penawar mata ayahandanya sebagai membalas budi
3. nilai simpati contoh: Amir mengambil tajul muluk bekerja dengannya dan kemudiannya menjadikan tajul muluk anak angkatnya kerana simpati
4. nilai tidak berdendam contoh: tajul muluk keluar mengembara mencari penawar mata ayahandanya dan tidak berdendam dengan ayahandanya
5. nilai keberanian contoh; tajul muluk berani meredah hutan tebal yang dipenuhi onak duri dan ular besar semata-mata mencari bunga bakawali
6. nilai tolong menolong contoh: raksasa sanggup membantu tajul muluk yang ingin melihat taman bakawali

mesej/pengajaran/nasihat/didaktik/amanat
1. janganlah bersikap kejam contoh: zainul muluk bersikap kejam kerana sanggup menghalau anak sendiri(tajul muluk) setelah anaknya itu menyebabkan matanya buta
2. jangan suka berjudi contoh: keempat-empat putera zainul muluk mempertaruhkan kesemua harta mereka untuk berlawan catur dengan puteri jenuh hati
3. jangan percaya pada tilikan ahli nujum contoh: zainul muluk sangat percaya pada tilikan nujum
4. jangan suka menipu contoh: puteri jenuh hati menipu keempat-empat putera zainul muluk dalam bermain catur
5. hendaklah membalas budi orang tua contoh: keempat-empat putera zainul muluk keluar mengembara mencari penawar mata ayahandanya semata-mata untuk membalas budi
6. hendahlah berani meneruskan hidup dan menghadapi dugaan contoh: tajul muluk berani berhadapan dengan raksasa ,meredah hutan tebal demi mencapai hajatnya memiliki penawar mata ayahandanya
7. hendaklah simpati terhadap kesusahan orang lain contoh: amir bersimpati dengan tajul muluk dan mengambilnya bekerja dan kemudiannya menjadikan tajul muluk anak angkatnya

No comments:

Post a Comment