Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, July 26, 2010

Soalan percubaan km negeri kedah tahun 2009(Soalan esei)

Bahagian Dua
(60markah)
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada soalan 1 atau soalan 2

GURINDAM DUA BELAS
Ini gurindam fasal yang kelima

Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memelihara yang sia-sia

Jika hendak mengenal orang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia

Jika hendak mengenal orang yang berilmu
Bertanya dan belajar tiadalah jemu

Jika hendak mengenal orang berakal
Di dalam dunia mengambil bekal

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai

RAJA ALI HAJI

a) Huraikan tiga ciri bentuk gurindam di atas ( 6markah)
b) Jelaskan tiga mesej yang terdapat dalam gurindam tersebut(6markah)
c) Cipta dua rangkap gurindam dua kerat yang bertemakan amalan mulia( 8markah)

2. berdasarkan cerita Usul Menunjukkan Asal:
a) Jelaskan lima persoalan ( 10 markah)
b) Huraikan lima perbuatan Paduka Liku yang tidak wajar dicontohi( 10 markah)

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada soalan 3 atau soalan 4

3. Baca sajak dibawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

IBUNDA
Kau embun yang menitis
Ke urat daun kami
Serta bumi pagi bersih oleh air mata
Cinta dari langit-Nya
Semuanya bersinar dan tumbuh
Dalam gerak,langkah
Bayang mentari
Kala si kecilku berlari-lari
Meredah belukar dan bukit
Memetik kembang di taman asuhanmu
Yang memberikan sungai susu
Menjalur ke muara darah hangatnya
Kasih abadi
Kerana bahasa cinta
Terbit dari lembut jemari bonda mengasuh kita
Hingga bumi mencengkam erat akar kemulianmu
Dewasa putera-puteri oleh kecekalan wanita
Bergelar dalam diam
Yang tak menuntut apa-apa
Berbalaskah budi berzaman
Warisan nenek moyang
Yang merelakan kehidupan duga berpanjangan?

Dari mata keredupan rindumu
Menunggu kepulangan anak yang hilang
kuhirup kesunyian wanita diam seribu kata
Kau tak juga menagih sebarang keinginan
Cukup sengsara dan rahsia
Bersatu
Dimata kemuliaan ibunda
Ada selasih kolam kesejahteraan
Ada seroja putih kesederhanaan
Yang memberikan doa
Walau tiada harapan lelaki pujaan
Ia tumbuh sekaligus membentuk cinta
Kasih saying abadi
Adalah cinta-Nya
Di bibir mulia,ibunda! SITI ZAINON ISMAIL

a) Jelaskan maksud rangkap kedua sajak ini ( 4 markah)
b) Huraikan empat gaya bahasa ( 8 markah)
c) Kemukakan empat jasa ibu yang dinyatakan dalam sajak ini ( 8markah)

4. Berdasarkan drama Tikar Mengkuang Hamparan Bulu karya Abd.Talib Mohd Hassan:
a) Jelaskan lima kritikan pengarang terhadap masyarakat. (10markah)
b) Huraikan lima nilai kemanusiaan ( 10markah)


Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6)

5. Berdasarkan cerpen Sahabat karyaAnwar Ridhwan:
a)Jelaskan temanya (4 markah)
b) Huraikan empat pengajaran ( 8markah)
c) Bincangkan empat latar masyarakat ( 8markah)

6. Berdasarkan novel Restu karya Ismail Kassan:
a) Jelaskan lima konflik ikram dengan watak-watak lain (10markah)
b) Bincangkan lima peranan wanita (10markah)




KERTAS SOALAN TAMAT